“Good luck, Malaysia!” – Sukan Komanwel 2026 Buka Tirai, Kontinjen Negara Segak & Anggun Dengan Persalinan Batik

24 Jul 2026 • 12:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

sukan komanwel 2026

Mungkin ramai yang tidak sedar temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026 kini sedang berlangsung, yang mana majlis pembukaan diadakan malam tadi di The Hydro, Scotland dengan penuh meriah.

Acara pembukaan itu dirasmikan oleh Raja Britain, Raja Charles III sekali gus memulakan temasya sukan selama 10 hari yang dianjurkan dalam skala lebih kecil bagi mengawal kos penganjuran.

Perarakan masuk kontinjen Malaysia diketuai jaguh lompat jauh para negara dan juara Paralimpik dua kali, Datuk Abdul Latif Romly yang membawa Jalur Gemilang, manakala pemain boling padang nombor satu dunia, Emma Firyana Saroji membawa King Baton Malaysia.

Seramai 40 atlet Malaysia mengambil bahagian dalam perbarisan itu dengan mengenakan baju batik berinspirasikan Jalur Gemilang, yang menampilkan motif bunga raya.

 

View on Threads

 

Glasgow menjadi tuan rumah Sukan Komanwel buat kali kedua selepas 2015, dengan edisi kali ini menampilkan 10 jenis sukan dan enam sukan para.

Seramai 3,000 atlet dari 74 negara dan wilayah akan bersaing dalam temasya ini dengan Malaysia menghantar 59 atlet termasuk 22 atlet para yang akan beraksi dalam lapan acara sukan.

Malaysia menyasarkan lima pingat emas, dua perak dan empat gangsa menerusi acara angkat berat, berbasikal trek, boling padang, judo, powerlifting para dan olahraga para.

Sementara itu, RTM menjadi penyiar rasmi menerusi saluran Sukan+ di platform MYTV 111, RTMKlik dan saluran Sukan di platform Astro 806.

Sumber: Bernama, Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved