Google Dilihat Tidak Lagi Paparkan Waktu Solat Terus Pada Halaman Hasil Carian

TechnologyDigital
12 Aug 2024 • 12:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada tahun 2018 yang lepas, Google telah memperkenalkan sokongan paparan waktu solat terus pada hasil carian, sekaligus memudahkan para pengguna menyemak waktu solat mengikut lokasi dan melihatnya terus tanpa perlu membuka sebarang halaman tambahan. Namun, kini, secara mengejut pihak Google dilihat telah membuang sokongan paparan berkenaan.

image is not available

Sebab disebalik perubahan ini masih tidak diketahui buat masa ini. Sebelum ini, Google turut dikritik di media sosial kerana paparan waktu solat yang kadang-kala tidak begitu tepat dan tidak sama seperti waktu solat yang dipaparkan oleh sumber rasmi Jakim. Disamping itu juga, untuk makluman, sebelum ini Google telah membuang sokongan melihat tukaran mata wang untuk Ringgit Malaysia setelah beberapa kali memperlihatkan kadar tukaran yang tidak tepat untuk pasaran Malaysia.

Perubahan ini dilihat memberikan impak kepada segelintir besar pengguna, sementara ada beberapa yang masih dapat melihat paparan waktu solat terus pada halaman carian Google. Selain Malaysia, sokongan sama juga dilihat tidak dipaparkan untuk sejumlah pengguna di Indonesia. Sebagai alternatif, buat masa ini, anda boleh melihat waktu solat semasa mengikut lokasi melalui sumber rasmi, e-Solat oleh Jakim.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved