Google merupakan antara perkhidmatan carian yang digunakan secara meluas di seluruh dunia, dan diakses hampir setiap hari. Ini sekaligus membuatkan Google mempunyai beberapa perkhidmatan dan aplikasi dibawah mereka yang mempunyai lebih 2 bilion pengguna setiap bulan.
Terbaru, CEO Google, Sundar Pichai berkongsi menyatakan Google Maps kini turut menyertai kumpulan aplikasi dengan angka pengguna bulanan melangkaui 2 bilion. Google Maps digunakan ramai dalam mencari sesuatu lokasi berdekatan, selain digunakan untuk tujuan navigasi. Untuk makluman juga, Google turut mempunyai satu lagi aplikasi memfokuskan pemetaan dan navigasi, iaitu Waze.

Dengan mencapai angka 2 bilion pengguna aktif bulanan ini, Google Maps turut menyertai aplikasi lain dengan angka sama, iaitu Android, GMail, Google Chrome, Google Play Store, Google Search dan juga YouTube.
2/ Gemini API calls, token volume, consumer usage, business adoption – all growing dramatically. And all 7 of our products and platforms with 2B+ monthly users use Gemini models, including the newest 2B-user product, Google Maps. pic.twitter.com/kvNxrlXCTg

![“Comel”- Gelagat Pakcik Berusaha Ambil Gambar Makanan Buat Ramai Terkenangkan Bapa [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)