
Penyenaraian awam (IPO) SpaceX diramalkan menjadi yang terbesar dalam sejarah melonjakkan nilai pasaran syarikat ini ke sekitar $1.75 trilion. SpaceX mungkin bermula sebagai sebuah syarikat aeroangkasa tetapi ini kini syarikat kecerdasan buatan dan media sosial selepas mengambil alih xAI dan X.

Hujung minggu lalu Google mengumumkan perjanjian dengan SpaceX untuk mengakses kapasiti perkomputeran syarikat tersebut pada nilai $920 juta (~RM 3.7 bilion) sebulan. Google akan menggunakan pusat data dilengkapi lebih 110,000 GPU dan CPU NVIDIA bermula Oktober 2026 hingga Jun 2029. Ini adalah kontrak pusat data kedua terbesar SpaceX selepas Anthropic bersetuju membayar $1.25 bilion sebulan hingga 2029 untuk menyewa kapasiti pemprosesan superkomputer Colossus 1.
Google mengatakan mereka memerlukan kapasiti perkomputeran xAI selepas permintaan tinggi terhadap perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) yang baru sahaja diumumkan. Perjanjian dengan SpaceX adalah untuk tempoh yang pendek sekadar memenuhi keperluan pelanggan Gemini Enterprise dan ejen AI yang ditawarkan Google.





