Google Menawarkan Akses Gemini Advance Bersama Storan 2TB Percuma Selama Setahun Untuk Pixel 9 Pro

TechnologyDigital
14 Aug 2024 • 2:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersama-sama pengenalan siri Google Pixel 9 Pro – yang meliputi Pixel 9 Pro, Pixel 9 Pro XL, dan juga Pixel 9 Pro Fold, pihak Google turut mengumumkan yang mana peranti ini akan menerima akses selama setahun untuk Gemini Advance.

image is not available

Dengan penawaran ini, pengguna boleh menggunakan sejumlah ciri-ciri menarik, termasuk ciri Gemini Live baharu yang khusus untuk pengguna Gemini Advance – membolehkan pengguna berinteraksi menggunakan suara bersama Gemini. Selain itu, sejumlah ciri-ciri menarik lain turut disertakan, termasuk sokongan storan 2TB.

Penawaran ini ditawarkan secara percuma untuk pembeli peranti siri Pixel 9 Pro ini, selama tempoh setahun. Selepas tempoh tersebut, pengguna perlu melanggannya seperti biasa, pada harga RM97.99 sebulan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved