Google nafi Gmail alami gangguan perkhidmatan

WorldTechnology
18 Nov 2026 • 10:07 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Google nafi Gmail alami gangguan perkhidmatan

WASHINGTON: Syarikat gergasi teknologi, Google memaklumkan pihaknya tidak menemukan sebarang bukti berlaku gangguan perkhidmatan secara meluas terhadap platform Gmail, walaupun ribuan pengguna melaporkan kesukaran mengakses atau menerima e-mel.

Menurut jurucakap Google kepada agensi berita Anadolu, pasukan teknikal mereka sentiasa memantau tahap perkhidmatan secara rapi dan maklumat status masa nyata sentiasa dikemas kini menerusi papan pemuka Google Workspace Status Dashboard.

Kenyataan rasmi itu dikeluarkan selepas laman sesawang penjejak gangguan perkhidmatan dalam talian, Downdetector merekodkan lebih daripada 2,800 aduan pengguna berkaitan masalah Gmail setakat jam 12 tengah hari Waktu Timur Amerika Syarikat (AS).

Kebanyakan aduan yang diterima dilaporkan melibatkan kesukaran untuk menerima e-mel masuk, manakala sebahagian pengguna lain turut mengadu berdepan masalah untuk log masuk dan mengakses perkhidmatan berkenaan.

Bagaimanapun, semakan pada laman rasmi Google Workspace Status Dashboard sehingga jam 1.45 petang Waktu Timur AS tidak menyenaraikan sebarang insiden gangguan aktif yang menjejaskan operasi Gmail.

Laporan gangguan terbaharu ini muncul di tengah-tengah beberapa siri masalah teknikal yang melanda sektor teknologi di AS sejak beberapa hari lalu, termasuk gangguan melibatkan perkhidmatan e-mel Microsoft Outlook serta kegagalan sistem telekomunikasi yang memaksa Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menggantung sementara penerbangan di seluruh negara.

Setakat ini, tiada sebarang bukti yang mengaitkan aduan masalah akses Gmail tersebut dengan insiden gangguan teknologi lain yang berlaku di negara berkenaan.

The post Google nafi Gmail alami gangguan perkhidmatan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved