Google Rancang Melabur Sehingga $40 Bilion Pada Anthropic

TechnologyBusiness & Finance
25 Apr 2026 • 10:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Rancang Melabur Sehingga $40 Bilion Pada Anthropic

Google sebelum ini sedia melakukan pelaburan pada syarikat kecerdasan buatan janaan, Anthropic. Terbaru, kini mereka menyatakan akan menambah pelaburan strategik berkenaan pada syarikat disebalik penawaran Claude tersebut.

Google akan melakukan pelaburan sebanyak $10 bilion terlebih dahulu, dan turut mempunyai pilihan untuk pelaburan tambahan sebanyak $30 bilion berasaskan kepada sasaran yang ditetapkan.

Sebelum ini, Google dikatakan mempunyai pegangan sekitar 14% pada syarikat Anthropic. Selain Google, beberapa pihak lain turut mempunyai pelaburan pada Anthropic, termasuk Amazon.

Selain pelaburan, Google turut menyediakan akses infrastruktur kepada Anthropic. Disamping itu, pada masa yang sama kedua-dua syarikat turut bersaing antara satu sama lain dengan penyediaan perkhidmatan, dimana Google mempunyai Gemini, sementara Antrhopic mempunyai Claude.