Google Translate Bakal Hadir Dengan Ciri Seumpama Duolingo

TechnologyDigital
13 Aug 2025 • 9:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.


Pada hari ini, salah satu aplikasi pembelajaran bahasa yang popular adalah Duolingo. Ia digunakan ramai dalam mempelajari perkataan dan cara sebutan baharu setiap hari. Selain Duolingo, terdapat beberapa penawaran lebih kurang sama, dan kini Google dilihat turut ingin menyertai arena berkenaan melalui kemaskini pada Google Translate.

Google menamakan ciri ini sebagai “Practice” pada Google Translate. Ciri ini masih pada fasa pembangunan, dan dikongsikan oleh AndroidAuthority melalui versi pembangunan aplikasi Google Translate.

image is not available
Paparan antaramuka Practice pada Google Translate (melalui Android Authority)

Practice pada Google Translate ini dilihat hadir dengan sokongan kecerdasan buatan, membolehkan pengguna menjana sesuatu pembelajaran berasaskan kepada keperluan seseorang pengguna. Latihan juga diselarikan dengan pelbagai senario harian untuk memudahkan pengguna melatih menggunakan bahasa baharu dalam penggunaaan harian.

Secara kasar, ia dilihat ciri Practice ini telah bersedia untuk pelancaran akhir, dan mungkin diperkenalkan dalam masa terdekat ini. Kita juga mungkin mendengar lanjut dan mengetahui sepenuhnya penawaran ini dalam masa terdekat. Sama-sama kita nantikan pesaing Duolingo daripada Google ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved