GP Bahrain bakal gegar Sepang, PM Anwar jumpa Pengarah Eksekutif GP Singapura teliti formula kejayaan

5 Aug 2026 • 11:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Pengarah Eksekutif Grand Prix (GP) Singapura, Michael Roche bagi meneliti pengalaman serta amalan terbaik republik itu dalam penganjuran acara Formula 1 bertaraf dunia.

Pertemuan itu diadakan menjelang penganjuran perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain GP 2026 yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Oktober depan.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata perkongsian pengalaman itu penting bagi memastikan penganjuran acara berkenaan di SIC berjalan dengan cemerlang dan memenuhi piawaian antarabangsa.

Menurut beliau, acara berprestij itu dijangka memberi limpahan ekonomi besar kepada negara menerusi peningkatan sektor pelancongan, peluang pekerjaan, aktiviti perniagaan serta keyakinan pelabur.

Katanya, penganjuran GP Bahrain 2026 turut bertepatan dengan usaha menyemarakkan Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Insya-Allah, kita komited memastikan penganjuran ini bukan sahaja memenuhi piawaian antarabangsa, malah mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab sukan permotoran serantau, serta membawa manfaat yang meluas kepada rakyat dan ekonomi negara,” kata Anwar.

Image from: GP Bahrain bakal gegar Sepang, PM Anwar jumpa Pengarah Eksekutif GP Singapura teliti formula kejayaan

Formula 1 dan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) sebelum ini mengumumkan GP Bahrain 2026 akan berlangsung di SIC dari 2 hingga 4 Oktober menerusi kerjasama antara Malaysia dan Bahrain.

Image from: GP Bahrain bakal gegar Sepang, PM Anwar jumpa Pengarah Eksekutif GP Singapura teliti formula kejayaan

Artikel lain:  F1 GP Bahrain: Malaysia jimat ratusan juta! Hanya tanggung kos naik taraf litar Sepang – PM Anwar

Perlumbaan itu yang pada asalnya dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Bahrain pada April ditangguhkan ke Oktober susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Image from: GP Bahrain bakal gegar Sepang, PM Anwar jumpa Pengarah Eksekutif GP Singapura teliti formula kejayaan

SIC sebelum ini pernah menjadi tuan rumah GP Malaysia dari 1999 hingga 2017, sebelum perlumbaan berkenaan digugurkan daripada kalendar F1 berikutan peningkatan kos penganjuran dan fi pelesenan.

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved