Grab Kini Membangunkan Produk 30% Lebih Pantas – Hasil Integrasi Penggunaan AI

TechnologyStartup
6 Aug 2026 • 11:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Grab Kini Membangunkan Produk 30% Lebih Pantas – Hasil Integrasi Penggunaan AI

Grab, syarikat seru-pandu terkemuka di rantau Asia Tenggara sedia menjadi antara yang terawal dalam mengintegrasikan penggunaan kecerdasan buatan pada pembangunan dan tugasan mereka sebelum ini. Terbaru, ketika pengumuman penyata kewangan terbaru, Grab turut berkongsi menyatakan kini integrasi AI dalam pembangunan turut mempercepatkan proses pembangunan produk mereka.

Sebagai syarikat teknologi, Grab sering hadir dengan produk atau ciri baharu pada aplikasi dan perkhidmatan mereka – rentas untuk pengguna, peruncit dan penghantar. Melalui penggunaan AI, ia dikatakan kini pembangunan berjalan 30% lebih pantas, sekaligus menjadikan kos lebih efisien berbanding sebelum ini.

Selain Grab, pelbagai syarikat telah mula mengintegrasikan penggunaan AI dalam pembangunan dan pengaturcaraan – dimana selain membolehkan pembangunan berlaku lebih pantas. Namun, ia membawa kepada pengurangan kos keperluan pekerja, sekaligus membawa kepada pelbagai syarikat mengurangkan tenaga kerja mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved