'Green light mama, abuya paling penting...' - Syed Saddiq syukur keluarga dan Bella Astillah jadi kekuatan, kongsi khabar positif soal kahwin

LocalPolitics
13 Jul 2026 • 12:23 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Green light mama, abuya paling penting...' - Syed Saddiq syukur keluarga dan Bella Astillah jadi kekuatan, kongsi khabar positif soal kahwin

ENAM tahun bukan tempoh yang singkat untuk mengharungi pelbagai ujian, lebih-lebih lagi apabila nama dan kehidupan menjadi perhatian umum. 

Namun bagi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, di sebalik segala cabaran itu, kasih sayang keluarga serta kesetiaan Bella Astillah menjadi kekuatan yang tidak pernah luntur sehingga membawa kepada detik penuh syukur pada Isnin.

Sejurus Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pihak pendakwaan sekali gus mengekalkan keputusan membebaskan beliau daripada empat pertuduhan berkaitan dana Armada Bersatu, Ahli Parlimen Muar itu tidak melepaskan peluang untuk menzahirkan penghargaan kepada insan yang sentiasa berada di belakangnya.

Menurut Syed Saddiq, sokongan daripada keluarga terutama ibu bapanya menjadi sumber kekuatan terbesar sepanjang melalui proses perundangan yang panjang.

Image from: 'Green light mama, abuya paling penting...' - Syed Saddiq syukur keluarga dan Bella Astillah jadi kekuatan, kongsi khabar positif soal kahwin

Katanya, tempoh berkenaan bukan mudah untuk dilalui, apatah lagi apabila keluarga turut sama menanggung tekanan sepanjang perjalanan tersebut.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, khususnya mama dan abuya. Anda tahu apa yang mereka lalui, terutamanya mama.

Selain ibu bapa, Syed Saddiq turut menzahirkan rasa terima kasih kepada tunangnya, Bella Astillah, yang terus memberikan sokongan walaupun berdepan dengan pelbagai persepsi sepanjang tempoh berkenaan.

Image from: 'Green light mama, abuya paling penting...' - Syed Saddiq syukur keluarga dan Bella Astillah jadi kekuatan, kongsi khabar positif soal kahwin

"Saya juga berterima kasih kepada tunang saya yang setia bersama. Ia bukan mudah, kerana sebelum ini saya merupakan salah seorang pesalah, namun dia tetap bersama saya. Alhamdulillah hari ini saya tidak mengecewakan sokongan dan jasanya," katanya.

Bagi Syed Saddiq, kesetiaan seseorang ketika melalui waktu sukar membawa makna yang cukup besar. Sokongan itu bukan sekadar hadir ketika keadaan baik, tetapi menjadi penguat semangat ketika berdepan cabaran yang menguji ketahanan diri.

Image from: 'Green light mama, abuya paling penting...' - Syed Saddiq syukur keluarga dan Bella Astillah jadi kekuatan, kongsi khabar positif soal kahwin

Green light mama

Dalam pada itu, perkembangan mengenai kehidupan peribadinya turut mencuri perhatian apabila beliau berkongsi bahawa ibu bapanya memberikan isyarat positif mengenai perancangan untuk mendirikan rumah tangga bersama Bella Astillah.

Menurutnya, momen selepas keputusan mahkamah diumumkan menjadi detik yang cukup bermakna apabila beliau melakukan sujud syukur sebelum menerima reaksi positif daripada kedua-dua ibu bapanya.

Image from: 'Green light mama, abuya paling penting...' - Syed Saddiq syukur keluarga dan Bella Astillah jadi kekuatan, kongsi khabar positif soal kahwin

"Tadi selepas saya sujud syukur, ayah dan ibu saya telah memberikan isyarat positif (mengenai perkahwinan). Tetapi berkenaan ulasan lanjut, mungkin boleh tanya di luar mahkamah nanti kerana saya menghormati institusi ini.

"Saya tidak mahu ini menjadi tentang diri saya atau kehidupan peribadi saya semata-mata. Alhamdulillah green light daripada mama sangat penting," katanya.

Image from: 'Green light mama, abuya paling penting...' - Syed Saddiq syukur keluarga dan Bella Astillah jadi kekuatan, kongsi khabar positif soal kahwin

Mahkamah Persekutuan pada Isnin menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini membebaskan Syed Saddiq daripada empat pertuduhan berkaitan dana Armada Bersatu.

Keputusan itu sekali gus menamatkan satu perjalanan panjang yang penuh cabaran buat beliau, sambil membuka ruang untuk melangkah ke fasa baharu dengan lebih tenang.

Di sebalik sebuah keputusan yang membawa kelegaan, kisah Syed Saddiq turut mengingatkan bahawa di sebalik kejayaan seseorang, sering ada insan yang tidak pernah jemu memberikan doa, sokongan dan kepercayaan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved