Guru, anak maut, MPV terbabas langgar kayu

22 Aug 2026 • 9:39 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Guru, anak maut, MPV terbabas langgar kayu

ROMPIN – Dua beranak maut apabila kenderaan pelbagai guna dinaiki mereka terbabas selepas melanggar kayu dan terjatuh di dalam gaung di Kilometer 149.9 Jalan Kuantan-Seremban, di sini, malam tadi.

Mangsa yang maut ialah penumpang kenderaan iaitu Kartinie Ngatenan, 46, yang juga seorang guru dan anaknya Muhamad Akf Mohd Azmi,6.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu berlaku ketika mangsa yang menaiki kenderaan dipandu suaminya dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke arah Felda Keratong, di sini.

“Apabila sampai di tempat kejadian, semasa MPV sedang bergerak lurus, tiba-tiba terlanggar kayu di permukaan jalan sehingga hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan lalu terjatuh ke dalam gaung di sebelah kanan jalan.

“Akibat kemalangan tersebut dua penumpang MPV mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan mengalami kecederaan di bahagian kepala,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Sharif Shai, mayat mangsa di bawa ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dengan permukaan jalan rata dan kering.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai kemalangan berpunca daripada MPV melanggar objek di permukaan jalan seterusnya hilang kawalan kemudian terbabas sendiri ke dalam gaung,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Guru, anak maut, MPV terbabas langgar kayu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved