
OTTAWA: Seorang maut di barat Kanada selepas sebuah pesawat ringan melanggar sebuah kenderaan ketika melakukan pendaratan kecemasan di atas jalan raya, menurut polis.
Insiden itu berlaku pada petang Khamis di Prince George, British Columbia, lebih 700 kilometer di utara Vancouver.
Gambar kejadian menunjukkan pesawat kecil itu berada di tepi jalan, terdampar di atas kawasan berumput berhampiran kawasan hutan.
“Polis dukacita mengesahkan bahawa terdapat seorang yang maut dalam insiden ini, iaitu penumpang salah sebuah kenderaan,” kata Polis Diraja Kanada (RCMP) dalam satu kenyataan.
Belum dapat dipastikan sama ada terdapat mana-mana individu di dalam pesawat itu yang mengalami kecederaan. – AFP
The post Pesawat langgar kenderaan, 1 maut appeared first on Utusan Malaysia.






