Guru Direman Bantu Siasatan Pelajar Tingkatan Satu Maut Dipercayai Dirempuh

13 Apr 2026 • 2:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Guru Direman Bantu Siasatan Pelajar Tingkatan Satu Maut Dipercayai Dirempuh

KOTA BHARU, 13 April (Bernama) -- Seorang guru wanita direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung kemalangan yang mengorbankan seorang pelajar perempuan di hadapan surau sebuah sekolah di sini semalam.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Wan Mohd I'zzat Wan Abdullah bermula hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, wanita itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini kira-kira 8.40 pagi dengan menaiki trak polis.

Dalam kejadian pada 1.50 tengah hari itu, mangsa Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu guru wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Azmir Damiri berkata siasatan awal mendapati pemandu kereta berkenaan dipercayai tersalah menekan pedal minyak sebelum terbabas merempuh mangsa.

Insiden itu turut mengakibatkan seorang lagi pelajar cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Artikel berkaitan:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved