
Guru Meninggal Dunia Di Sekolah, JPN Selangor Beri Kerjasama Penuh Terhadap Siasatan
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) memberi kerjasama penuh terhadap proses siasatan susulan kematian seorang guru di sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor pada Jumaat.
Menerusi satu kenyataan, JPN Selangor menzahirkan ucapan takziah dan berdukacita atas pemergian guru tersebut.
"Kejadian ini sedang berada dalam siasatan pihak polis, JPN Selangor memberi kerjasama penuh terhadap proses siasatan.
"Tumpuan utama JPN Selangor pada ketika ini adalah untuk memastikan bantuan terbaik untuk keluarga.
"Pada masa yang sama, khidmat sokongan psikososial turut dilaksanakan khusus untuk membantu warga sekolah yang terjejas," katanya.
Baca juga:
Guru Meninggal Dunia Selepas Minta Pelajar Buka Kamera Semasa Kelas ‘Online’, Beritahu Sedang Tunggu Nak Jumpa Semua
Ditemui Di Tepi Surau Sekolah, Guru Dilapor Meninggal Dunia
Tambah jabatan itu lagi, masyarakat diseru untuk menghormati privasi keluarga dengan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang turut boleh menganggu proses siasatan yang sedang berjalan.
"Semoga keluarga diberikan kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini," ujarnya.






