Guru PJJ: Fadhlina mohon maaf, minta BPSH teliti kes kritikal

LocalPolitics
28 Aug 2026 • 1:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Guru PJJ: Fadhlina mohon maaf, minta BPSH teliti kes kritikal
Fadhlina

SHAH ALAM - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek meminta Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) meneliti semula beberapa kes kritikal yang memerlukan perhatian segera.

Beliau berkata, langkah itu susulan luahan kekecewaan guru yang masih belum berjaya mendapatkan pertukaran melalui sistem eGTukar.

"Mohon maaf, cikgu-cikgu. Saya faham masih ramai yang perkahwinan jarak jauh (PJJ), berjauhan dengan pasangan dan keluarga.

"Sebab itu antara ikhtiar kita adalah memendekkan tempoh permohonan kepada 24 bulan berbanding 36 bulan sebelum ini," katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Fadhlina berkata, keputusan permohonan Fasa 2 dijangka diumumkan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

"Insya-ALLAH. Kepada yang belum berjaya kali ini, jangan putus asa, kita terus ikhtiarkan apa yang boleh.

"Stay strong, we love you. We make doa for you," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved