Fadhlina jawab teguran ayat ‘klise’ isu pertukaran guru

LocalPolitics
28 Aug 2026 • 1:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Fadhlina jawab teguran ayat ‘klise’ isu pertukaran guru

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek tampil menjawab teguran seorang pengguna yang menyifatkan kenyataannya untuk meneliti semula kes pertukaran guru yang benar-benar kritikal sebagai ‘klise’.

Fadhlina berkata, niatnya adalah untuk membantu guru yang berdepan kesukaran dalam urusan pertukaran, namun mengakui bukan semua permohonan dapat diselesaikan dengan mudah.

“Kalau semua permohonan pertukaran boleh diselesaikan dengan mudah, percayalah sudah tentu saya nak selesaikan semuanya.

“Yang boleh kita mudahkan, kita mudahkan. Yang rumit, kita cari jalan,” katanya menerusi ruangan komen hantaran di Threads, hari ini.

Terdahulu, Fadhlina menerusi satu hantaran mengakui menerima banyak luahan daripada guru yang tidak berjaya dalam permohonan pertukaran melalui sistem eGTukar.

Beliau turut memohon maaf kepada pendidik dan mengakui masih ramai guru yang menjalani hubungan jarak jauh (PJJ) dan terpaksa berjauhan daripada keluarga.

“Banyak yang luah tentang eGTukar yang tak berjaya. Mohon maaf cikgu-cikgu. Saya faham masih ramai yang PJJ dan berjauhan dengan keluarga.

“Antara ikhtiar kita, tempoh permohonan telah dipendekkan daripada 36 bulan kepada 24 bulan. Saya juga telah minta BPSH (Bahagian Pengurusan Sekolah Harian) teliti semula beberapa kes yang benar-benar kritikal.

“Jangan give up (putusa asa). Kita terus usahakan yang terbaik,” katanya.

Bagaimanapun, hantaran itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguan media sosial terutama warga pendidik yang masih berdepan kesukaran untuk mendapatkan pertukaran.

Seorang pengguna @Cleodora1437, secara terbuka menegur kenyataan Fadhlina berhubung penelitian semula kes yang dianggap kritikal.

“Ayat ‘teliti semula kes yang benar-benar kritikal’ tu… ayat klise ya puan menteri. Cikgu-cikgu PJJ dah lali dengan ayat macam tu,” tulisnya.

Teguran tersebut kemudian dibalas sendiri oleh Fadhlina yang menegaskan usaha membantu guru dalam urusan pertukaran akan terus dilakukan mengikut kemampuan dan ruang yang ada. – KOSMO! ONLINE

The post Fadhlina jawab teguran ayat ‘klise’ isu pertukaran guru appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved