
PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti semula beberapa kes kritikal membabitkan guru yang masih belum berjaya mendapatkan pertukaran melalui sistem eGTukar.
Langkah itu susulan luahan kekecewaan guru yang masih belum berjaya mendapatkan pertukaran termasuk mereka yang menjalani hubungan jarak jauh (PJJ) serta berjauhan dengan pasangan dan keluarga.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) telah diminta meneliti semula kes berkenaan yang masih memerlukan perhatian.
“Mohon maaf, cikgu-cikgu. Saya faham masih ramai yang PJJ, berjauhan dengan pasangan dan keluarga.
“Sebab itu antara ikhtiar kita adalah memendekkan tempoh permohonan kepada 24 bulan berbanding 36 bulan sebelum ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Fadhlina berkata, keputusan permohonan eGTukar Fasa 2 dijangka diumumkan dalam tempoh beberapa minggu lagi.
“Insya-Allah. Kepada yang belum berjaya kali ini, jangan putus asa, kita terus ikhtiarkan apa yang boleh,” katanya. –UTUSAN
The post Kes kritikal babit guru PJJ akan diteliti semula appeared first on Utusan Malaysia.






