Pelayan bar bebas tuduhan edar, miliki syabu dan ketamin

18 Sep 2026 • 4:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Pelayan bar bebas tuduhan  edar, miliki syabu dan ketamin

Kota Kinabalu: Seorang pelayan bar sambilan berusia 26 tahun dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis daripada dua pertuduhan berkaitan dadah membabitkan syabu dan ketamin.

Hakim Datuk Maslinda @ Linda Mohd Ainal melepas dan membebaskan Chong Jia Zhen selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Chong didakwa mengedar 787.7 gram syabu dan memiliki 354.7 gram ketamin di sebuah apartmen di Penampang pada 26 Oktober 2022.

Pertuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika hukuman mati tidak dikenakan.

Pertuduhan memiliki ketamin pula membawa hukuman denda sehingga RM100,000, penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Pihak pendakwaan memanggil empat saksi sepanjang prosiding perbicaraan.

Timbalan Pendakwa Raya Sofia S. Sawayan tampil untuk pendakwaan manakala Datuk Ram Singh, Prem Elmer Ganasan dan Prabjit Singh mewakili Chong.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved