Ramai Puji Wanita Siap Sediakan Bakul Untuk Beri Makanan & Air Kepada Pekerja Pembersihan [Video]

7 Jul 2025 • 5:09 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Melakukan kebaikan merupakan satu perkara yang dituntut dalam Islam dan besar ganjaran pahalanya buat mereka yang sering menghulurkan bantuan.

Meskipun perkara itu nampak kecil, namun perbuatan yang baik akan sentiasa dikenang dan melegakan hati mereka yang sedang ditimpa kesusahan.

Malah kebaikan yang dilakukan juga membuatkan seseorang mendoakan kesejahteraan kita agar sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah SWT.

Wanita siap sediakan bakul untuk kongsi rezeki

Baru-baru ini, seorang wanita turut tidak melepaskan peluang untuk berkongsi rezeki dengan pekerja kitar semula dan pembersihan yang menjalankan pekerjaan untuk mengutip sampah dari rumah ke rumah.

Umum mengetahui pekerjaan ini bukanlah suatu perkara yang mudah, mereka bukan sahaja terpaksa meredah cuaca yang tidak menentu bahkan perlu menahan bau sisa makanan yang busuk.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Hajar Nadiya di TikTok, awalnya kelihatan seorang pekerja telah muncul datang ke hadapan rumahnya untuk mengutip sampah yang sudah dikumpulkan di dalam tong.

Kelihatan seorang pekerja menarik tong berkenaan dan membawanya berdekatan lori, namun sebaik menolak tong sampah berkenaan dia terlihat sebuah bakul yang digantung pada pagar.

Dipercayai pada bakul itu seperti diletakkan satu nota kerana pekerja lelaki berkenaan dilihat seperti membaca sebelum mengambil barangan makanan yang diletakkan dalam bakul terbabit.

Sediakan makanan dan minuman dalam bakul

Dia pada mulanya mengambil beberapa botol minuman dan meletakkannya di dalam lori pada bahagian penumpang.

Tidak lama kemudian datang seorang lagi rakan kerja lelaki berkenaan ke arah bakul itu dan mengambil lebihan makanan yang dilihat seperti roti.

Kelihatan Hajar telah menyediakan beberapa makan dan roti untuk diberikan kepada pekerja-pekerja berkenaan.

Sebaik selesai mengambil makanan tersebut, mereka kemudian mengambil semula tong sampah tersebut untuk membuang segala barangan di ruang simpanan lori di bahagian belakang.

“Perkara kecil membuatkan saya gembira. Kongsi rezeki bersama,” ujar Hajar di ruangan kapsyen.

@hajarnadiya0

Small thing just make me happy. Kongsi rezeki bersama. 😍

♬ Terus Berjuang – Jemari Besi

Ramai puji wanita dan pekerja kitar semula

Mejengah ke ruangan komen, ramai yang memuji individu yang bekerja dalam bidang tersebut. Malah ada yang kagum dengan mana-mana individu yang melakukan kerja berkenaan kerana ia sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran.

Tidak kurang juga ada yang memuji Hajar kerana sudi berkongsi rezeki dengan mereka.

Ada juga yang terkenangkan bapa mereka yang juga melakukan kerja sama seperti lelaki dalam video tersebut.

Bahkan terdapat juga segelintir pengguna yang memaklumkan mereka juga sering berkongsi rezeki dengan pemungut sampah dan berasa seronok apabila dapat memberikan makanan dan minuman.

Walaupun ia bukanlah pemberian berharga buat segelintir individu namun perkara sebegini dapat mengukirkan senyuman kepada mereka yang bersusah-payah mencari rezeki halal.

“Encik suami saya kerja ni. Walaupun saya kerja kerajaan, saya tak kisah janji dia nak bekerja”

image is not available

“Untuk semua yang menonton, contohi yang membuat kebaikan. Pada empunya video, teruskan membuat baik”

image is not available

“Saya baking, setiap kali lori sampah datang mesti bagi roti yang saya buat dekat mereka. Kalau nak raya bagi kuih raya. Sekarang dah berhenti baking, bagi air saja”

image is not available

“Allahu, ya Allah, lapangkan dan murahkanlah rezeki mereka yang sudi kongsi rezeki dengan abang-abang ni. Sesungguhnya mereka mencari rezeki yang halal seperti mana kerja-kerja yang lain.”

image is not available