
Penyanyi, Sufie Rashid meluahkan rasa syukur selepas diberi peluang untuk membuat persembahan di pentas Gegar Vaganza Fantasia (GVF).Menurut Sufie, peluang untuk kembali menyanyi di pentas berkenaan mengimbau kenangan awal perjalanan seninya selepas bergelar juara Akademi Fantasia (AF)."Woke up feeling so grateful dapat nyanyi balik di MBSA, tempat seluruh kerjaya saya bermula selepas menang AF."Paling bersyukur juga dapat merasai pentas GV yang sangat besar di Malaysia ini.Dalam masa sama, Sufie turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada peminat yang mungkin kecewa apabila dia tidak menyertai GV seperti yang diharapkan."GV memang dalam senarai impian saya sejak dahulu, tetapi siapa sangka belum ada rezeki untuk bertanding kerana jadual yang sangat padat," tulisnya."Saya nak minta maaf kalau saya 'ter' hampakan korang sebab tak masuk."Dah lama media sosial kita tak aktif. Tiba-tiba penuh orang sebut nama saya, rindu pula zaman tengah aktif dahulu," ujarnya.






