GV Fantasia: Persembahan Best! Dapat ‘Standing Ovation’, Amir Masdi Bakal Sertai Hot Seat?

8 Nov 2026 • 11:35 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

GV Fantasia: Persembahan Best! Dapat ‘Standing Ovation’, Amir Masdi Bakal Sertai Hot Seat?

Kemunculan penyanyi, Amir Masdi di pentas Gegar Vaganza Fantasia (GVF) ternyata mendapat sorakan hangat daripada penonton di Auditorium MBSA Shah Alam.Menyampaikan dua buah lagu iaitul Nurcinta dan Pemilik Cinta persembahan Amir berjaya membuatkan penonton terpukau.Malah Amir juga mendapat ‘standing ovation’ daripada juri tetap, Hetty Koes Endang yang memuji persembahannya.Namun, kehadiran Amir di GV Fantasia masih menimbulkan tanda tanya sama ada dia bakal menjadi salah seorang calon Hot Seat atau sekadar membuat persembahan.Untuk rekod, Amir merupakan juara Akademi Fantasia 2016 (AF2016) yang berjaya mencuri perhatian menerusi keunikan vokal serta persembahannya.Selain Amir, beberapa nama lain seperti Hazama, Akim dan Sufie Rashid turut menjadi sebutan peminat yang mula membuat spekulasi mengenai barisan bintang Hot Seat.GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 akan terus digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved