GV Fantasia: "Persembahan Terburuk Saya" - Zahid Mohon Maaf Dengan Peminat

9 Nov 2026 • 3:30 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

GV Fantasia: "Persembahan Terburuk Saya" - Zahid Mohon Maaf Dengan Peminat

Bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Zahid mengakui persembahannya pada minggu pertama merupakan aksi terburuk sepanjang penglibatannya sebagai penyanyi.Tidak mahu memberi sebarang alasan, Juara Akademi Fantasia musim kedua itu memohon maaf kepada peminat yang menyokongnya."Saya susun sepuluh jari untuk persembahan semalam. Memang lain macam pentas GV, tetapi Tok Ram cakap tiada alasan. Ya, betul!"Sebagai seorang penghibur, persembahan semalam adalah yang terburuk daripada saya. Saya juga tidak malu untuk mengakui bahawa itu adalah kesalahan saya sendiri," tulisnya.Dalam masa sama, Zahid turut menzahirkan penghargaan kepada penyanyi, Cat Farish yang menemaninya sepanjang persembahan tersebut."Terima kasih Cat Farish kerana menemani saya semalam. Respect!" ujarnya.Terdahulu, Tok Ram ketika memberikan komen terhadap persembahan Zahid turut menegur aspek tenaga dan vokal penyanyi itu yang dilihat kurang memuaskan.Bagaimanapun, juri berkenaan memuji sikap profesional Zahid yang sentiasa tenang, matang dan bersedia ketika berada di atas pentas.“Semput tu tadi awak menyanyi, awak matang, tenang dan sentiasa bersedia atas pentas, attitude sebegitu bagus, tapi bunyi pun penting juga.“Tenaga awak macam tak cukup, bukan tak ready. Jiwa pentas masih ada. Saya suka lagu versi fresh,” katanya.Untuk info, GV Fantasia musim ini menghimpunkan juara serta alumni AF termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.Program berkenaan dikendalikan trio pengacara Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad, manakala kerusi juri dibarisi Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.CelcomDigi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.Berlangsung selama 11 minggu, GV13 bersiaran setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria, saluran 104, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.Penonton juga boleh menyaksikan program tersebut menerusi aplikasi Astro GO dan sooka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved