GV Fantasia: “Tak Sangka Sambutan Luar Biasa…” – Amir Masdi

9 Nov 2026 • 3:40 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

GV Fantasia: “Tak Sangka Sambutan Luar Biasa…” – Amir Masdi

Penyanyi Amir Masdi meluahkan rasa gembira dan bangga dapat meraikan legasi Akademi Fantasia (AF) menerusi persembahannya pada minggu pertama Gegar Vaganza Fantasia (GVF).Menerusi perkongsian di Threads, Amir turut menzahirkan penghargaan atas sambutan luar biasa yang diterimanya ketika menjayakan persembahan tersebut.“Saya gembira dan bangga dapat meraikan legasi Akademi Fantasia malam ini. Semoga berjaya dan selamat maju jaya buat semua saudara keluarga AF saya!“Terima kasih atas kasih sayang dan sokongan anda semua. Tak sangka sambutan tadi luar biasa,” tulisnya.Bagaimanapun, pada penghujung rancangan, Amir dan seorang lagi penyanyi, Sufi Rashid disahkan bukan peserta yang bertanding, sebaliknya hadir bagi memeriahkan serta meraikan legasi program realiti berkenaan.Dalam pada itu, penonton boleh mengundi bintang pilihan masing-masing bagi merebut tempat menerusi kerusi Hot Seat GVF.Barisan calon Hot Seat diperkenalkan selepas hampir kesemua naib juara dan finalis AF yang terlibat selesai membuat persembahan, sekali gus membuka peluang kepada penonton menentukan pilihan mereka.Untuk info, GV Fantasia musim ini menghimpunkan juara serta alumni AF termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.Program berkenaan dikendalikan trio pengacara Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad, manakala kerusi juri dibarisi Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.CelcomDigi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.Berlangsung selama 11 minggu, GV13 bersiaran setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria, saluran 104, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.Penonton juga boleh menyaksikan program tersebut menerusi aplikasi Astro GO dan sooka.Sumber: Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved