Hakim Danish perlu ubah gaya tunggangan

1 Sep 2026 • 8:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Hakim Danish perlu ubah gaya tunggangan

PETALING JAYA: Menamatkan aksi di kedudukan ke-12 pada Grand Prix Aragon, Sepanyol, kelmarin, bukan satu keputusan yang menjadi dambaan Hakim Danish Ramli yang menyaksikan beliau masih mencari rentak lebih konsisten dalam gaya tunggangannya.

Pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi itu berkata, secara keseluruhan perlumbaan di Aragon agak mencabar dan dia perlu melipat gandakan usahanya untuk memberikan prestasi terbaik.

“Pada peringkat awal perlumbaan, saya cuba memacu jentera sebaik mungkin untuk berada dalam kelompok hadapan. Bagaimanapun, pelumba-pelumba yang berada dalam kumpulan itu mempunyai kelajuan yang lebih baik berbanding saya.

“Saya hanya cuba mengekalkan rentak dan gaya tunggangan sendiri serta bertahan sehingga tamat perlumbaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Hakim Danish mencatat masa 33 minit 29.762 saat (s) di Litar Motorland Aragon dan mengutip empat mata untuk kekal di kedudukan kelapan dalam senarai keseluruhan pelumba Moto3.

Menurut anak jati Terengganu itu, dia semakin selesa dengan jentera, tetapi belum mencapai tahap yang maksimum kerana masih berdepan kesukaran dari segi tetapan jentera dan perlu melakukan penambahbaikan.

Jelasnya, pasukan sudah melakukan tetapan yang baik untuk perlumbaan di Aragon dan percaya dia mampu menebus kecewa pada pusingan seterusnya di San Marino pada 11 hingga 13 September ini.

“Saya berharap rakyat Malaysia terus mendoakan saya supaya dapat melakukan yang lebih baik pada perlumbaan seterusnya. Saya tidak akan berputus asa dan akan terus bekerja keras,” ujarnya. – UTUSAN

The post Hakim Danish perlu ubah gaya tunggangan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved