Hakim Danish bergelut pelarasan jentera

1 Sep 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hakim Danish bergelut pelarasan jentera

KESUKARAN bagi mencari tetapan jentera yang terbaik meranapkan hasrat pelumba Moto3 negara, Muhammad Hakim Danish Ramli apabila kempunan untuk sekurang-kurangnya berada dalam kelompok 10 teratas pada Grand Prix (GP) Aragon.

Pada perlumbaan yang berlangsung di Litar Aragon kelmarin, pelumba pasukan MT Helmets-MSI itu terpaksa berpuas hati mengutip tiga mata apabila menamatkan perlumbaan tersebut di kedudukan ke-12.

Danish berkata, walaupun sudah semakin selesa dengan jentera yang ditunggang, namun masih ada beberapa aspek perlu diperbaiki, termasuk tetapan jentera yang perlu ditambah baik selepas ini.

“Hari ini (kelmarin) secara keseluruhannya sangat mencabar. Pada peringkat awal perlumbaan, saya cuba memberikan yang terbaik dengan memecut jentera sebaik mungkin untuk berada di kelompok hadapan.

“Bagaimanapun, kelompok hadapan memiliki kelajuan yang lebih baik. Saya semakin selesa dengan jentera, tetapi masih belum sepenuhnya kerana berdepan kesukaran dari segi tetapan dan ia perlu ditambah baik,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menerusi tiga mata yang dikutip, pelumba kelahiran Kampung Surau Panjang, Kuala Terengganu itu mengekalkan kedudukan kelapan dalam carta kejuaraan dunia dengan mengumpul 90 mata keseluruhan.

Sementara itu, gelaran juara GP Aragon menjadi milik pelumba pasukan Aspar, Maximo Quiles menerusi catatan masa 33 minit 15.47 saat diikuti David Almansa dari pasukan Dynavolt Intact serta seorang lagi pelumba Aspar, Marco Morelli.

Menjelang perlumbaan seterusnya pada GP San Marino 11 hingga 13 September ini, Danish sedia untuk bekerja lebih keras selain percaya dia mampu menampilkan tunggangan lebih baik berbanding kelmarin.

“Saya percaya saya mampu untuk memberikan yang terbaik pada perlumbaan akan datang. Saya harap rakyat Malaysia terus mendoakan saya supaya dapat menampilkan persembahan baik selepas ini,” ujarnya.

The post Hakim Danish bergelut pelarasan jentera appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved