Halang kenderaan awam beri laluan konvoi supercar, dua 'marshall' ditahan polis

LocalCars
15 Aug 2026 • 11:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Halang kenderaan awam beri laluan konvoi supercar, dua 'marshall' ditahan polis
Image from: Halang kenderaan awam beri laluan konvoi supercar, dua 'marshall' ditahan polis
Tangkap layar video tular memaparkan aksi dua ‘marshal’ konvoi supercar menghalang kenderaan awam di bulatan Lebuh Kota Iskandar, Iskandar Puteri.

ISKANDAR PUTERI – Dua pemandu kereta yang bertindak sebagai pengiring atau ‘marshall’ bagi sebuah konvoi supercar ditahan polis selepas video aksi mereka menghalang kenderaan awam di bulatan Lebuh Kota Iskandar tular di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Saifullah Jaya @ Yahaya berkata, kedua-dua suspek lelaki warga tempatan berusia 65 dan 54 tahun itu ditahan pada Sabtu.

Sebelum itu, pihaknya menerima maklumat mengenai video yang tular di platform Threads, memaparkan aksi dua pemandu menahan kenderaan di bulatan berkenaan bagi memberi laluan kepada konvoi supercar.

“Hasil risikan mendapati konvoi supercar itu dalam perjalanan dari arah Puteri Harbour menuju ke pusat bandar Johor Bahru.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kedua-dua pemandu terbabit bertindak sebagai ‘marshall’ dengan menahan kenderaan bagi memberi laluan kepada kenderaan konvoi,” katanya dalam kenyataan pada malam Sabtu.

Menurut Saifullah, kes disiasat mengikut Seksyen 110 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana galangan dan gangguan, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM1,000 jika disabitkan kesalahan.

“Sebanyak empat saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan berkaitan ketidakpatuhan terhadap spesifikasi kenderaan yang ditetapkan.

“Kenderaan terbabit turut disita untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau turut memberi peringatan tegas bahawa polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang bertindak sebagai pengiring konvoi tidak sah sehingga menghalang lalu lintas atau memberhentikan kenderaan awam secara tidak sah.

“Tindakan sedemikian jelas mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain,” katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved