Hamidin mohon maaf, beri sebab undur diri

LocalFootball
4 Sep 2026 • 11:37 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hamidin mohon maaf, beri sebab undur diri

KEPUTUSAN Presiden Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak bertanding merebut jawatan presiden menjadi tindakan ‘berjiwa besar’ demi melihat perubahan mampu dijelmakan dalam badan induk itu.

Walaupun agak berat untuk membuat keputusan berkenaan, Hamidin juga tampil memohon maaf kepada ahli gabungan FAM dan penyokong bola sepak Malaysia yang telah memberikan kepercayaan serta sokongan kepadanya.

“Namun, setelah mempertimbangkan kepentingan FAM dan masa depan bola sepak negara secara menyeluruh, saya percaya langkah ini membuka ruang terbaik untuk FAM melangkah ke era baharu, sekali gus memastikan organisasi yang kita cintai ini kekal fokus dan terus bergerak ke hadapan,” katanya.

Penarikan diri Hamidin menyaksikan persaingan merebut jawatan Presiden FAM kini membabitkan dua penjuru antara Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Sebagai individu yang sudah lama berada dalam industri bola sepak tempatan, Hamidin mahu proses peralihan kepimpinan berjalan dengan baik dan kepimpinan seterusnya dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha membina masa depan bola sepak negara. – KOSMO! ONLINE

The post Hamidin mohon maaf, beri sebab undur diri appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved