Dua calon rebut jawatan Presiden FAM

LocalFootball
4 Sep 2026 • 8:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua calon rebut jawatan Presiden FAM

PEREBUTAN kerusi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sah menjadi pertarungan dua penjuru apabila hanya dua calon mengesahkan bertanding pada Kongres Luar Biasa FAM yang berlangsung pada 17 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan FAM, Prof. Dato’ Dr. Abdullah Mohamad Said mengesahkan saingan jawatan nombor satu badan induk bola sepak negara itu kini membabitkan Datuk Ab Ghani Hassan dan Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, seramai 23 calon keseluruhan yang telah menghantar surat pengesahan untuk bertanding dalam tujuh kerusi yang ditawarkan pada kongres pemilihan kali ini.

“FAM juga ingin memaklumkan bahawa semua pencalonan telah melalui proses semakan dan pengesahan berdasarkan Statut FAM serta peraturan dan tatacara pemilihan yang telah ditetapkan,” kata kenyataan tersebut.

Paling mencuri tumpuan, Ab Ghani yang memegang jawatan Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bakal dicabar Shahril dalam pemilihan untuk merebut kerusi panas badan induk sukan No. 1 negara itu.

Shahril turut memiliki reputasi hebat selaku Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAM) selain pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden FAM penggal 2021-2024.

Pertembungan dua penjuru kali ini agak mengejutkan kerana ramai pihak menjangkakan bekas Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd. Amin bakal bertanding semula pada kongres kali ini.

Bagaimanapun, Hamidin yang turut bergelar Presiden Kehormat badan induk itu difahamkan menolak pencalonan kerana masih mahu memberikan peluang buat ‘orang baharu’ memacu FAM.

Mengikut statut baharu yang diluluskan pada Jun lepas, seramai 39 ahli gabungan layak untuk mengundi, tetapi dengan syarat kelab tidak memiliki kaitan dengan persatuan bola sepak negeri (FA).

 

The post Dua calon rebut jawatan Presiden FAM appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved