Hannah Yeoh tegur ahli politik, jangan jadikan isu tanah perkuburan Islam bahan kempen PRN

LocalPolitics
8 Jul 2026 • 9:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh membidas tindakan dua ahli politik yang didakwa mempolitikkan isu penyediaan tanah perkuburan Islam di Semenyih.

Memetik laporan daripada Sinar Harian, beliau menyatakan, langkah mendapatkan tanah tambahan itu dibuat bagi menangani kekurangan kawasan perkuburan Islam di Kuala Lumpur yang semakin kritikal.

Rancang tapak baharu di Semenyih

Tambahnya, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) bersama Kabinet telah merancang penyediaan tapak baharu di Semenyih bagi memenuhi keperluan pada masa hadapan, selain projek itu turut melibatkan pembinaan jalan yang dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

“Penyediaan kawasan perkuburan baharu itu turut dikaitkan dengan proses pembinaan sebuah jalan yang dijangka dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang sangat serius di Semenyih ketika ini.
“Selepas tapak perkuburan Islam itu siap sepenuhnya, ia akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk urusan pengendalian,” ujarnya.

Image from: Hannah Yeoh tegur ahli politik, jangan jadikan isu tanah perkuburan Islam bahan kempen PRN

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Kompleks Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Cheras.

Cadangan keputusan rasmi kabinet

Mengulas dakwaan Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim, Hannah menegaskan bahawa cadangan tersebut merupakan keputusan rasmi Kabinet dan bukan keputusan mana-mana parti politik.

Beliau turut mengingatkan bahawa menteri daripada UMNO juga merupakan sebahagian daripada Jemaah Menteri, justeru isu berkenaan sewajarnya dirujuk di peringkat Kabinet dan bukannya dijadikan polemik politik atau perkauman.

“Jangan mempolitikkan keperluan hidup dan mati rakyat tanpa mengira agama, lebih-lebih lagi ketika ini sedang musim Pilihan Raya Negeri (PRN).
“Fokus kerajaan ketika ini ialah menjaga kebajikan seluruh rakyat menerusi pelbagai program reformasi di Kuala Lumpur,” katanya.

Image from: Hannah Yeoh tegur ahli politik, jangan jadikan isu tanah perkuburan Islam bahan kempen PRN

Sumber: Sinar Harian (Mohd Azlim Zainury)
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved