Hantaran lelaki minta bakal isteri sediakan bekal sarapan cetus debat netizen

Family & ParentingLifestyle
14 Aug 2026 • 10:42 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Hantaran Muhammad Amrullah mengenai permintaan bakal isteri menyediakan sarapan setiap hari yang mencetuskan reaksi netizen

Hanya kerana berkongsi harapan supaya bakal isteri menyediakan sarapan, seorang pengguna Threads mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen apabila pandangannya menerima pelbagai reaksi, termasuk sokongan dan kritikan.

Pengguna Threads, Muhammad Amrullah, menerusi hantaran ringkas berkata ibunya menyediakan mi goreng untuk sarapan pada pagi berkenaan, selain menyatakan harapan agar bakal isterinya turut membekalkan sarapan setiap hari selepas berkahwin.

“Mak bekalkan mi goreng pagi ni. To my future wife, please bekalkan saya breakfast setiap hari. Cekodok pun saya ok,” tulisnya.

Image from: Hantaran lelaki minta bakal isteri sediakan bekal sarapan cetus debat netizen

Hantaran tersebut kemudiannya mendapat perhatian pengguna media sosial yang mempunyai pandangan berbeza mengenai pembahagian tanggungjawab dalam rumah tangga, khususnya persoalan sama ada menyediakan sarapan untuk suami perlu dianggap sebagai satu kewajipan isteri.

Antara yang memberikan respons ialah pelakon, Kamal Adli, yang secara berseloroh menyifatkan hantaran berkenaan sebagai sesuatu yang mampu “mengangkat darjat cekodok”.

“Abang telah mengangkat darjat cekodok. Sale-sale cekodok kat gerai-gerai tepi jalan laris. Ada orang start battle nak dapatkan cekodok bang. Stok pisang habis,” katanya.

Image from: Hantaran lelaki minta bakal isteri sediakan bekal sarapan cetus debat netizen
Baca juga:

Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya, turut menyambut hantaran tersebut dengan komen berbentuk puisi yang menggambarkan seorang lelaki mendambakan isteri yang menyediakan juadah untuknya.

“Pemuda bersopan mendamba isteri, di tangan solehah cekodok yang manis, setiap suapan pahala membanjiri, indah teralun doa yang merenji,” tulisnya.

Bagaimanapun, tidak semua netizen melihat perkara itu secara positif. Ada yang mengkritik hantaran Muhammad Amrullah dengan menganggap seorang lelaki sepatutnya mampu mengurus keperluan asas dirinya sendiri tanpa bergantung kepada ibu atau bakal isteri.

Seorang pengguna tampil dengan kritikan keras, termasuk mempersoalkan mengapa lelaki berkenaan masih tidak mampu menyediakan makanan sendiri selepas sekian lama tinggal bersama ibunya. Komen tersebut turut menyindir keupayaan seorang lelaki untuk berdikari sebelum mendirikan rumah tangga.

Image from: Hantaran lelaki minta bakal isteri sediakan bekal sarapan cetus debat netizen

Dalam perkembangan sama, pencipta kandungan yang dikenali sebagai Budifasola pula tampil mempertahankan lelaki berkenaan serta berkongsi pengalaman rumah tangganya sendiri.

Menurutnya, isterinya menyediakan bekalan makanan untuknya setiap hari, termasuk ketika hari bekerja dan cuti, selain menyediakan makanan tengah hari untuk dibawa ke pejabat. Beliau turut menjelaskan bahawa isterinya juga bekerja sebagai jururawat.

“Bukan tu je, siap masakkan lunch untuk satu office aku makan lagi. Ada lagi gambar masakan dia yang aku ambil tapi malas nak post. Ohh, untuk makluman, isteri aku ni bekerja jugak ye sebagai nurse,” katanya.

The post Hantaran lelaki minta bakal isteri sediakan bekal sarapan cetus debat netizen appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved