Spekulasi mengenai hubungan penyanyi dan pelakon Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kembali menjadi perhatian selepas program MeleTOP memuat naik satu poster mencetuskan tanda tanya ramai.
Menerusi hantaran tersebut, Bella dan Syed Saddiq diumumkan bakal hadir secara eksklusif dalam MeleTOP pada Selasa, 18 Ogos 2026, jam 9 malam untuk berkongsi satu pengumuman istimewa.
AdvertisementView this post on Instagram
“Ada sesuatu yang eksklusif bakal diumumkan di MeleTOP!
“Syed Saddiq & Bella Astillah akan hadir secara eksklusif untuk berkongsi satu pengumuman istimewa bersama satu Malaysia, kena tunggu dan saksikan di MeleTOP!”
Lebih mencuri perhatian, poster berkenaan menampilkan kedua-duanya dalam persalinan rona senada dengan Bella kelihatan anggun mengenakan busana putih, selain tertera tanda pagar #BellaSyedYes dan perkataan “Pengumuman Eksklusif”.
View this post on Instagram
Perkongsian itu sekali gus mengundang persoalan sama ada pengumuman berkenaan mempunyai kaitan dengan hubungan mereka, malah ada yang mula berteka-teki mengenai kemungkinan berita perkahwinan.
Sebelum ini, hubungan rapat Bella dan Syed Saddiq sememangnya sering menjadi perhatian warganet selepas mereka beberapa kali dilihat bersama dan saling memberikan sokongan antara satu sama lain.
Nama mereka juga sering ‘dijodohkan’ oleh peminat sehingga tercetusnya gelaran BASS, gabungan nama Bella dan Syed Saddiq.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan bahawa mereka bakal berkahwin. Justeru, dakwaan mengenai perkahwinan masih sekadar spekulasi sehingga pengumuman rasmi dibuat oleh Bella, Syed Saddiq atau pihak berkaitan.
Apa sebenarnya yang bakal diumumkan? Sama-sama tunggu 18 Ogos nanti.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Kau Buat Lagi, Kau Siap" - Zila Bakarin Beri 'Amaran' Buat Aliff Aziz
The post ‘Pengumuman Istimewa’ Syed Saddiq Dan Bella Astillah 18 Ogos Nanti, Netizen Mula Berteka-Teki first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






