Hantaran Nikah Syed Saddiq Buat Bella Bertemakan “Growing Old Together”, Ini 7 Hadiah Yang Diberikan

10 Oct 2026 • 10:43 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Rumusan Artikel

  • Hantaran nikah Syed Saddiq kepada Bella Astillah bertemakan “Growing Old Together” atau “menua bersama”.

  • Antara hadiah diberikan ialah insurans, emas, cincin dan simpanan KWSP RM100,000.

  • Syed Saddiq turut menyediakan pendidikan Bella di Taylors University.

  • Hantaran lain termasuk gym keluarga, basikal dan umrah bersama.

Hantaran nikah daripada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mencuri perhatian selepas senarai hadiah yang diberikan dikongsikan di media sosial.

Menurut perkongsian tersebut, hantaran berkenaan membawa tema “Growing Old Together” atau “menua bersama”, dengan beberapa hadiah yang dilihat memberi fokus kepada perancangan kehidupan mereka pada masa hadapan.

Advertisement

hantaran

Antara hantaran yang disenaraikan ialah insurans kesihatan, nyawa dan penyakit kritikal daripada Prudential BSN untuk Bella serta anak-anaknya, Ayden dan Ara.

Turut diberikan ialah emas dan cincin sebagai bentuk pelaburan emas pada masa depan.

Selain itu, Syed Saddiq turut menyediakan pendidikan Bella di Taylors University serta simpanan KWSP berjumlah RM100,000.

View this post on Instagram

Hantaran tersebut turut merangkumi beberapa perkara berkaitan gaya hidup dan ibadah bersama seperti gym keluarga, basikal serta pakej umrah bersama kasur dan beg tangan.

7 Hantaran Syed Saddiq Buat Bella

  1. Insurans Prudential BSN untuk kesihatan, nyawa dan penyakit kritikal Bella, Ayden serta Ara.

  2. Emas dan cincin sebagai bentuk pelaburan emas pada masa depan.

  3. Pendidikan Bella di Taylors University.

  4. Simpanan KWSP sebanyak RM100,000.

  5. Gym keluarga.

  6. Basikal.

  7. Umrah bersama, termasuk kasur dan beg tangan.

Perkongsian itu mengundang perhatian netizen kerana hantaran yang diberikan bukan sekadar barangan kemas atau hadiah perkahwinan, malah turut melibatkan aspek kesihatan, pendidikan, simpanan dan perancangan masa depan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Hantaran Nikah Syed Saddiq Buat Bella Bertemakan “Growing Old Together”, Ini 7 Hadiah Yang Diberikan2026-10-07 14:41:31

Netizen Ucap Terima Kasih Kepada Ruhainies, Respon Bella Astillah Di Status Undang Perhatian Ramai

The post Hantaran Nikah Syed Saddiq Buat Bella Bertemakan “Growing Old Together”, Ini 7 Hadiah Yang Diberikan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved