Nama penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali menjadi perhatian warganet selepas beberapa hantaran di media sosial membangkitkan persoalan mengenai gelaran Biduanita Negara yang diterimanya.
Perbincangan itu tercetus selepas ada pihak mempersoalkan penggunaan istilah “Biduan Negara” dalam bahan berkaitan Anugerah Seni Negara 2024, sedangkan Siti merupakan penerima wanita bagi pengiktirafan tersebut.

Ada juga netizen yang menyindir isu berkenaan dan mendakwa pihak tertentu seolah-olah kurang memahami perbezaan antara istilah biduan dan biduanita.

Berikutan isu hangat tersebut, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian ramai apabila beliau dilihat meninggalkan komen bersahaja dalam isu tersebut.

Bagaimanapun, berdasarkan rekod rasmi, Siti Nurhaliza sememangnya menerima Anugerah Khas Biduan Negara 2024 pada Majlis Anugerah Seni Negara (ASN) 2024.
Pengiktirafan itu menjadikan Siti sebagai wanita ketiga menerima penghormatan berkenaan selepas Allahyarham Puan Sri Saloma pada 1978 dan Allahyarham Datuk Sharifah Aini pada 2006.
Menteri Komunikasi ketika itu, Fahmi Fadzil turut mengucapkan tahniah kepada Siti atas pengiktirafan tersebut dan secara jelas merujuknya sebagai Biduanita Negara.
Portal rasmi RTM juga menggunakan gelaran Biduanita Negara ketika melaporkan pengiktirafan Siti, selain menyenaraikan Saloma dan Sharifah Aini sebagai penerima terdahulu.
Jadi, kalau ikut rekod dan penggunaan rasmi selepas penganugerahan pada 2024, Siti Nurhaliza ialah Biduanita Negara, dan merupakan wanita ketiga menerima pengiktirafan berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Risteena Munim Kongsi Impian Timang Anak Sendiri, Status Rumah Tangga Jadi Tanda Tanya
The post “Hanya Saloma Biduan Negara” – Individu Pertikai Gelaran Anugerah Biduanita Negara Milik Siti Nurhaliza, Respon Tuan Badan Buat Ramai Terhibur first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






