
GENAP dua dekad melayari bahtera rumah tangga, Instagram Arkib Siti Nurhaliza kembali mengimbau kenangan sebuah majlis yang pernah mencetuskan fenomena luar biasa Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Mana tidaknya, perkahwinan pasangan itu pada Ogos 2006 bukan sahaja digelar ‘Wedding of the Year’, malah pernah mencuri perhatian antarabangsa apabila disenaraikan antara ‘Asia’s Most High-Profile Weddings’ oleh portal berita kewangan antarabangsa, CNBC.
Perkongsian berkenaan kembali menyorot momen-momen istimewa pasangan itu yang 20 tahun lalu menyaksikan Siti, 27, bergelar isteri kepada Datuk Seri Khalid.
Bukan sahaja menjadi perhatian peminat tempatan, malah mencetuskan fenomena luar biasa apabila sebanyak 6.307 juta tontonan direkodkan menerusi siaran langsung di TV3!
"20 tahun lalu, negara menyaksikan perkahwinan supermega yang digelar 'Wedding of The Year.

"Detik bersejarah itu menyaksikan Siti Nurhaliza, 27, secara rasmi bergelar isteri kepada ahli perniagaan berkenaan selepas mereka mengikat tali perkahwinan dalam sebuah majlis yang cukup meriah dan mendapat liputan meluas.
"‘Asia’s Most High-Profile Weddings’ oleh portal berita kewangan antarabangsa, CNBC. Pengiktirafan itu sekali gus mengangkat perkahwinan pasangan terbabit sebagai antara majlis perkahwinan paling berprofil tinggi di Asia pada ketika itu," titipnya.
Sempena ulang tahun perkahwinan ke-20 hari ini, ramai menitipkan doa agar ikatan yang dibina pasangan itu terus kukuh, dilimpahi kebahagiaan. Tidak kurang yang throwback momen perkahwinan penyanyi tersohor itu.
"Selepas 20 tahun baru kita tahu kenapa Tokti memilih Datuk K sebagai suami. Dia bukan sahaja penyanyi malah blh dikatakan berjaya juga sebagai ahli perniagaan."
"Saya antara ribuan malah jutaan peminat yang menyaksikan perjalanan ini. Bermula dari sidang akhbar di hotel Jalan Ampang dan seterusnya majlis pernikahan dan persandingan idola saya ini."
"Semoga Tokti hidup bahagia bersama suami dan keluarga hingga Ke syurga, aamiin."
Sepanjang dua dekad melayari bahtera rumah tangga, pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 8, dan Muhammad Afwa, 5.
Sumber: Instagram
Demikian perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenai karakter anak-anaknya ketika ditemui SinarPlus dalam majlis Rumah Terbuka Yayasan Nurjiwa dan CTDK Holdings baru-baru ini.
Mesra disapa Tokti, beliau turut mendedahkan cukup aktif dalam sukan ketika zaman persekolahannya.
Justeru, suri hati Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mahukan anak-anaknya lasak sepertinya.
Pun begitu, pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu enggan terlalu memaksa memandangkan mereka masih kecil.
Selain itu, beliau turut mendedahkan kenapa memilih untuk menghantar Afwa ke sekolah walaupun masih kecil. Nak tahu jawapannya, tonton video ini
#sitinurhaliza #biduanitanegara #aafiyah #afwa #cahayamata #SinarPlus #lifestylesinarharian">






