Setia di sisi Siti Nurhaliza sejak 1999, Rozi imbau kenangan 20 tahun lalu jadi ‘mak pengantin’ – ‘Bukan saya kuat, ALLAH yang bagi kekuatan’

EntertainmentLifestyle
21 Aug 2026 • 12:00 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Setia di sisi Siti Nurhaliza sejak 1999, Rozi imbau kenangan 20 tahun lalu jadi ‘mak pengantin’ – ‘Bukan saya kuat, ALLAH yang bagi kekuatan’

DI sebalik kegemilangan dan sinar cahaya gemerlap yang sentiasa mengiringi langkah Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, wujud satu sosok yang amat setia berdiri dalam bayang-bayang kejayaan itu.

Kalau disebut sahaja nama Rozi Abdul Razak, pasti ramai yang terus terbayang wajah insan yang ikhlas menyayangi dan melindungi permata seni negara ini. Mana tidaknya, mereka ibarat 'kembar tak seiras' yang ke mana sahaja kaki melangkah, di situ pasti ada insan penyabar ini menemani.

Mengimbas kembali perjalanan yang melangkaui tiga dekad, Rozi bukan sekadar menguruskan perjalanan seni penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang itu.

Daripada saat Siti Nurhaliza bermula sebagai seorang gadis kecil molek dari kampung, sehingga berjaya mencapai puncak tertinggi dalam persada muzik tanah air dan dijulang sebagai Biduanita Negara, Rozi sentiasa ada.

Image from: Setia di sisi Siti Nurhaliza sejak 1999, Rozi imbau kenangan 20 tahun lalu jadi ‘mak pengantin’ – ‘Bukan saya kuat, ALLAH yang bagi kekuatan’

Pelbagai pahit maung, dugaan, serta ujian yang melanda telah dilalui oleh dua wanita hebat ini bersama. Hubungan mereka bukan sekadar atas dasar profesional, sebaliknya satu ikatan kasih sayang yang saling melengkapi antara satu sama lain.

Bahkan tidak keterlaluan andai diungkapkan bahawa sosok tubuh bernama Rozi itu merupakan antara pengurus artis terbaik yang pernah ada di Malaysia. Beliau merupakan antara individu yang paling rapat dengan Siti Nurhaliza sepanjang tempoh pengurusannya sejak dari tahun 1999 lagi.

Rozi memikul tanggungjawab yang sangat besar dalam menyelenggara jadual persembahan nyanyian, menguruskan acara undangan, merangka strategi syarikat Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd, serta memegang peranan paling penting sebagai penasihat utama Siti.

Selaku nadi utama pihak pengurusan, setiap jadual kerja penyanyi kesayangan ramai ini diatur dan diseimbangkan dengan cukup halus. Imbangan antara tuntutan kerjaya dan keutamaan keluarga diselaraskan dengan penuh teliti agar perjalanan seni pertiwi ini sentiasa berjalan lancar dan sempurna.

Image from: Setia di sisi Siti Nurhaliza sejak 1999, Rozi imbau kenangan 20 tahun lalu jadi ‘mak pengantin’ – ‘Bukan saya kuat, ALLAH yang bagi kekuatan’

Terbaharu, menerusi satu hantaran yang cukup menyentuh hati di platform media sosial miliknya, wanita yang mesra disapa Kak Zie itu meluahkan perasaan bersempena hari bersejarah buat Siti Nurhaliza.

Kenangan indah itu kembali segar apabila menyedari tarikh 21 Ogos 2026 menandakan ulang tahun perkahwinan yang ke-20 buat Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K).

Dalam perkongsian mesra di platform Threads tersebut, Rozi mendedahkan situasi dirinya yang begitu sibuk memastikan kelancaran majlis perkahwinan penyanyi nombor satu negara itu dua dekad yang lalu.

Momen manis berkenaan secara tidak langsung mengimbau kembali nostalgia ketika beliau menguruskan sebuah majlis gilang-gemilang yang pernah diiktiraf sebagai salah satu perkahwinan paling berprofil tinggi di Asia oleh portal antarabangsa CNBC.

Image from: Setia di sisi Siti Nurhaliza sejak 1999, Rozi imbau kenangan 20 tahun lalu jadi ‘mak pengantin’ – ‘Bukan saya kuat, ALLAH yang bagi kekuatan’

"Hari ini, 20 tahun lalu, pagi-pagi saya dah berada di Masjid Wilayah. Jadi 'mak pengantin' yang sangat sibuk dan menjadi orang terakhir meninggalkan masjid petang itu melayani media terutama dari negara luar.

"Hari yang saya sangat 'down' dengan masalah sendiri tetapi perlu kuat dan berdiri teguh untuk meraikan hari bahagia orang lain.

"Melihat kepada diri hari ini, saya bersyukur, bukan saya kuat, ALLAH yang bagi saya kekuatan itu," luahnya dengan penuh rasa keredaan dan kesyukuran.

Image from: Setia di sisi Siti Nurhaliza sejak 1999, Rozi imbau kenangan 20 tahun lalu jadi ‘mak pengantin’ – ‘Bukan saya kuat, ALLAH yang bagi kekuatan’

Hantaran sentimental tersebut dengan pantas meraih perhatian dan tumpuan warga maya. Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum serta tersentuh dengan ikatan suci yang terjalin antara dua wanita ini.

Mana tidaknya, walaupun ikatan kekeluargaan sebagai kakak ipar pernah terlerai suatu ketika dahulu, namun Rozi tetap teguh berada di sisi Siti Nurhaliza. Beliau kekal menjadi tulang belakang yang sentiasa menyokong tanpa berbelah bahagi, meskipun pelbagai kontroversi dan cerca pernah dilemparkan kepada figura tersohor tersebut.

Ruangan komen hantaran berkenaan turut dihujani pelbagai titipan doa serta kata-kata penghargaan daripada pengikut dan peminat yang menyedari betapa besarnya pengorbanan Rozi.

Antara bait kata yang ditinggalkan netizen termasuklah, "Dan sampai ke detik ini @rozisangdewi masih setia mendampingi @ctdk... pastinya kasih sayang, kesetiaan dan hubungan persaudaraan kalian tidak mampu diukur dengan wang ringgit. Alhamdulillah."

Image from: Setia di sisi Siti Nurhaliza sejak 1999, Rozi imbau kenangan 20 tahun lalu jadi ‘mak pengantin’ – ‘Bukan saya kuat, ALLAH yang bagi kekuatan’

Malah, pelbagai doa murni turut mengiringi hantaran tersebut dengan ungkapan penuh kasih seperti, "Love you Kak Zie. You are always capable of doing anything and everything," selain titipan rasa syukur, "Alhamdulillah, ALLAH hadirkan Kak Zie yang terbaik," serta doa yang berterusan, "Semoga yang baik-baik sahaja untuk awak yang banyak sangat jaga Siti... Amin," dan ucapan ringkas namun mendalam, "Terima kasih sangat, Kak Rozi."

Kesetiaan dan pengorbanan seumpama ini membuktikan bahawa dalam dunia hiburan yang penuh warna-warni dan cabaran, keikhlasan sebuah persahabatan serta kasih sayang yang sejati akan sentiasa menjadi benteng paling kukuh untuk bertahan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved