
PETALING JAYA – Sebanyak 27 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 9.10 pagi ini, dengan lima daripadanya menghampiri bacaan 201.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan tertinggi ketika ini iaitu 177.
Diikuti, Johan Setia dan Klang di Selangor dengan masing-masing mencatatkan bacaan IPU 175 dan 174.
Kawasan Nilai, Negeri Sembilan turut merekodkan bacaan keempat tertinggi pagi ini iaitu 174, diikuti Bukit Rambai, Melaka (170).
Sementara itu, kawasan lain yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Cheras, Kuala Lumpur (169), Kota Tiggi, Johor (169), Batu Muda, Kuala Lumpur (165), Putrajaya (165), Port Dickson, Negeri Sembilan (165), Bandaraya Melaka serta Lakik, Johor juga mencatatkan bacaan IPU 165.
15 lagi kawasan mencatakan bacaan IPU antara 139 hingga 163.
Dalam pada itu, sebanyak 40 stesen merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, dengan Kuala Terengganu, Terengganu mencatatkan bacaan tertinggi bagi kategori berkenaan iaitu 8”98.
Hanya satu kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap baik, iaitu Langkawi, Kedah dengan bacaan 40.
Mengikut klasifikasi JAS, bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 (berbahaya). – KOSMO! ONLINE
The post Pasir Gudang, Johan Setia, Klang, Nilai hampir cecah IPU 201 appeared first on Kosmo Online.






