Hapuskan barang kemas curi, dua sahabat didenda RM6,800

15 Nov 2026 • 3:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hapuskan barang kemas curi, dua sahabat didenda RM6,800

DUNGUN – Dua rakan sebaya didenda sebanyak RM6,800 oleh Mahkamah Majistret Dungun, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghapuskan barang kemas milik seorang warga emas yang menjadi mangsa penipuan dalam talian, awal November lalu.

Hukuman denda tersebut diperintahkan Majistret Ng Yan Ni terhadap kedua-dua tertuduh, Muhammad Faris Shafiq Nornazli dan Nabil Anaqi Mohd. Ayob masing-masing berusia 29 tahun membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap mereka.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Faris Shafiq didakwa dengan sengaja menolong menghapuskan harta curi, iaitu seutas rantai emas milik seorang warga emas berusia 62 tahun.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 1.15 tengah hari di sebuah rumah di Felda Kerteh 3, di sini pada 5 November lalu.

Sementara itu, Nabil Anaqi didakwa telah bersubahat dengan Muhammad Faris Shafiq dengan menyerahkan harta curi seutas rantai emas itu untuk dipajak pada hari, masa dan lokasi yang sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum hingga tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

The post Hapuskan barang kemas curi, dua sahabat didenda RM6,800 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved