![Tular Rompakan Kedai Emas Di Terengganu, Pekerja Menggigil Penyamun Ugut Dengan Parang [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/11/kes-samun-kedai-emas.jpg)
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini tular video di media sosial memaparkan insiden rompakan sebuah kedai emas di Kuala Nerus, Terengganu.
Menerusi video rakaman litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan kelihatan dua individu dipercayai penyamun telah masuk ke dalam kedai sebelum bertindak mengambil tiga dulang barangan kemas di dalam bekas kaca.
View on Threads
Pekerja ketakutan dan dakwa diugut suspek guna parang
Insiden itu turut membuatkan pekerja kedai emas di Batu Enam itu ketakutan malah salah seorang pekerja wanita turut diugut oleh dua penyamun bersenjatakan parang.
Pekerja wanita yang dikenali sebagai Juliana memaklumkan insiden terbabit berlaku sekitar jam 10.40 pagi pada 12 November.
Memetik Sinar Harian, sebelum insiden berkenaan berlaku dia sedang melayani seorang pelanggan wanita.
Kata wanita itu, kedua-dua suspek itu memakai topi keledar yang bertutup penuh.
Acukan parang dan arah pekerja buka tempat simpan barang kemas
Dua individu berkenaan turut bertindak mengacukan parang ke arahnya sebelum mengarahkannya membuka tempat menyimpan barang kemas.
Ujar wanita berkenaan disebabkan takut dan bimbang dengan keselamatan diri sendiri, dia hanya mengikuti arahan suspek.
Hanya ikut arahan kerana bimbang keselamatan diri
“Mereka mengacukan parang sambil menjerit ‘Mu buka, mu buka’ supaya saya membuka tempat menyimpan barang kemas.
“Disebabkan terkejut dengan tindakan itu, saya hanya mampu mengikut arahan mereka kerana bimbang keselamatan diri,” ujarnya.
Suspek ambil 3 dulang gelang emas bernilai anggaran RM300,000
Dalam insiden itu, suspek melarikan tiga dulang gelang emas yang dianggarkan bernilai sekitar RM300,000.
Dia yang baru bekerja selama empat hari secara sambilan di kedai emas itu turut menyifatkan situasi sewaktu berlakunya kejadian sebagai pengalaman yang amat menakutkan.
“Saya masih terkejut dengan kejadian itu sehingga badan mengigil. Saya tidak sangka perkara seperti ini berlaku ketika sedang bekerja.”
Polis sifatkan kejadian samun berlaku dengan pantas tak sampai seminit
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden terbabit dari pemilik premis jam 10.46 pagi.
Beliau menjelaskan kejadian samun berkenaan berlaku dengan begitu pantas dan tidak sampai satu minit.
“Ketika kejadian, terdapat empat pekerja sedang bertugas di kedai berkenaan namuun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
“Kedua-dua suspek yang disyaki lelaki Melayu itu kemudiannya dikesan melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki sebuah kereta,” jelas Wan Mohd Zaki.
Kes berkenaan kini diberi perhatian oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.
Kes disiasat mengikut 2 Seksyen
Kedua-dua suspek kini sedang giat dijejaki polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.
Dalam masa sama, Wan Mohd Zaki turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung insiden untuk menyalurkannya kepada IPD Kuala Terengganu bagi membantu siasatan.



![[VIDEO] Polis buru dua lelaki samun kedai emas](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/IMG-20261112-WA0076-1-1024x571.jpg)


