Harapan pingat Sze Fei-Izzuddin berkecai

27 Sep 2026 • 12:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Harapan pingat Sze Fei-Izzuddin berkecai

PETALING JAYA: Harapan pingat perak yang diletakkan di bahu beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani berkecai selepas langkah mereka terhenti di suku akhir pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Aichi, Jepun, hari ini.

Pasangan No. 6 dunia itu terpaksa akur kepada gandingan No. 3 dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 13-21, 17-21 dalam masa 29 minit di Gimnasium Perbandaran Bandar Ichinomiya.

Sze Fei-Izzuddin yang berusaha bangkit selepas ketinggalan 11-20 apabila berjaya mengutip enam mata berturut-turut, namun, kemaraan mereka akhirnya terhenti di mata 17 pada set kedua.

Kekalahan beregu profesional itu juga menyaksikan mereka gagal mengulangi pencapaian Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia Hangzhou di China, empat tahun lalu.

Beregu wanita No. 1 Malaysia, Pearly Tan-M. Thinaah menjadi wakil tunggal negara yang berjaya meloloskan diri ke separuh akhir dan pingat gangsa sudahpun berada dalam genggaman mereka. – UTUSAN

The post Harapan pingat Sze Fei-Izzuddin berkecai appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved