Harga jualan lebih tinggi bantu SLP Resources imbangi kemerosotan permintaan domestik bagi 2QFY26

LocalBusiness & Finance
7 Aug 2026 • 5:40 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Harga jualan lebih tinggi bantu SLP Resources imbangi kemerosotan permintaan domestik bagi 2QFY26 Image from: Harga jualan lebih tinggi bantu SLP Resources imbangi kemerosotan permintaan domestik bagi 2QFY26 amree07/08/2026 - 17:40 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 7 Ogos — Harga jualan purata (ASP) yang lebih tinggi menjadi faktor utama membantu SLP Resources Berhad mengimbangi permintaan domestik lemah bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026.

 

Pengeluar pembungkusan plastik ini berjaya mencatatkan lonjakan keuntungan sangat signifikan hasil daripada peningkatan ASP dan strategi jualan produk berdepan cabaran pasaran tempatan yang lembap.

 

Bagi 2QFY26, kumpulan tersebut merekodkan keuntungan sebelum cukai (PBT) RM8.1 juta, melonjak drastik kira-kira 243% berbanding hanya RM2.4 juta yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu.

 

"Pertumbuhan keuntungan ketara ini dicapai di sebalik penyusutan hasil pendapatan sebanyak 13.9% kepada RM34.2 juta, berbanding RM39.8 juta bagi suku kedua tahun sebelumnya," kata SLP Resources.

 

Penurunan pendapatan itu ujarnya, dikaitkan dengan permintaan domestik yang lebih perlahan, kesan daripada langkah kumpulan mula melaksanakan kawalan kredit secara ketat terhadap para pelanggan.

 

Faktor luaran seperti konflik di Timur Tengah pula secara tidak langsung memberi kesan kepada pasaran global, namun ia membawa kepada ASP lebih memihak kepada kumpulan mengekalkan keuntungan.

 

SLP Resources_DagangNews2026

 

Seiring prestasi keuntungan itu, SLP Resources mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 1.25 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026 dan akan dibayar pada 7 Oktober depan.

 

"Mengikut pecahan geografi, pasaran Jepun mengukuhkan kedudukan sebagai penyumbang terbesar dengan RM17.7 juta atau 52% daripada keseluruhan hasil, mengatasi pasaran Malaysia hanya 40%.

 

Bagi tempoh kumulatif enam bulan pertama 2026, syarikat berjaya mengumpul keuntungan bersih RM8.6 juta, iaitu peningkatan sebanyak 71.8% berbanding RM5.0 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

 

Kedudukan kewangan SLP Resources kekal kukuh dengan baki tunai dan setara tunai berjumlah RM88.3 juta, memberikan fleksibiliti yang tinggi untuk terus melabur dalam peluang pertumbuhan baharu.

 

Melangkah ke hadapan, kumpulan komited memacu pertumbuhan melalui pembangunan produk baharu dan pengkomersialan inovasi bagi memantapkan prestasi kewangannya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved