Operasi di Singapura kembali pulih, RHB Research yakin UUE catat pertumbuhan untung lebih tinggi

LocalBusiness & Finance
5 Aug 2026 • 10:50 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Operasi di Singapura kembali pulih, RHB Research yakin UUE catat pertumbuhan untung lebih tinggi Image from: Operasi di Singapura kembali pulih, RHB Research yakin UUE catat pertumbuhan untung lebih tinggi amree05/08/2026 - 10:50 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 5 OgosUUE Holdings Berhad dijangka memasuki fasa pertumbuhan lebih kukuh susulan operasinya di Singapura kembali pulih digerakkan pada kapasiti penuh, menurut analisis RHB Research.

 

Perkembangan positif itu sekali gus membuka ruang peningkatan hasil dan margin keuntungan walaupun syarikat masih berdepan cabaran mendapatkan kontrak baharu serta ketidaktentuan kos bahan mentah.

 

Selain itu ujar firma tersebut, peningkatan projek sektor swasta di Malaysia dan pertambahan buku tempahan dijangka menjadi pemacu utama kepada prestasi kewangan syarikat sepanjang tahun ini.

 

"Justeru, kami mengekalkan saranan 'beli' terhadap saham UUE dengan menaikkan harga sasaran (TP) kepada 66 sen sesaham berbanding 61 sen, berdasarkan prospek yang makin kukuh," kata RHB Research.

 

Ujarnya, margin kasar naik 1.5 mata peratusan pada 1QFY27 menerusi projek yang lebih menguntungkan di Malaysia, khususnya tender daripada sektor swasta menawarkan margin tinggi berbanding projek utiliti.

 

Segmen pembuatan paip 'high-density polyethylene (HDPE) turut menjana margin 35% dengan syarikat memperoleh bahan mentah berharga rendah sebelum berjaya menjual produk pada harga lebih tinggi.

 

UUE_DagangNews2026

 

RHB Research menjangka margin kembali normal kepada 25%, namun peningkatan sumbangan operasi UUE di Singapura dan projek bermargin tinggi di Malaysia dijangka menyokong keuntungan syarikat tersebut.

 

"Operasi di Singapura kini beroperasi sepenuhnya selepas isu permit kerja dan arahan henti kerja susulan satu kemalangan yang berjaya diselesaikan, dengan 10 pasukan kerja digerakkan," tambahnya.

 

Keadaan itu dijangka meningkatkan bil bulanan operasi hingga 20%, selain menyumbang margin kasar sekitar 35%, jauh lebih tinggi berbanding kontrak utiliti biasa di Malaysia yang lazimnya sekitar 15%.

 

Dari segi tempahan baharu ujar RHB Research, UUE sudah memperoleh kontrak berjumlah RM79 juta setakat tahun ini (YTD) termasuk projek penggerudian secara arah mendatar (HDD) yang bernilai RM14 juta.

 

Ia mengekalkan sasaran penambahan buku tempahan sebanyak RM320 juta bagi FY27 dan berpandangan peluang tender baharu kekal cerah disokong projek daripada syarikat utiliti utama di dua negara.

 

"Kami menyifatkan kumpulan ini berada di landasan tepat untuk mencatat pemulihan prestasi yang lebih mampan dengan pertumbuhan hasil dan margin secara kukuh," kata firma penyelidikan tersebut.

 

Bagaimanapun RHB Research mengingatkan kegagalan perolehan kontrak baharu, kelewatan kelulusan permit dan kenaikan kos bahan mentah kekal risiko utama kepada unjuran prestasi UUE. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved