Harga Lenovo Legion Go 2 Di Malaysia Naik Hampir RM2000

LocalTechnology
4 Apr 2026 • 8:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam harga jualan Lenovo Legion Go 2 dinaikkan secara mendadak di seluruh dunia disebabkan oleh krisis kekurangan RAM. Malaysia turut terkesan dengan konsol mudah alih Windows 11 ini menerima peningkatan harga seperti di bawah.

image is not available

Peningkatan paling kecil ialah RM1260 (naik 27%) sementara peningkatan paling tinggi ialah RM1720. (naik 32%). Ini selari dengan peningkatan harga global sekitar $600 yang dilaporkan beberapa media barat semalam.

Harga BaharuHarga LamaPerbezaan Harga
Lenovo Legion Go 2
(32GB/512 GB)
memori 7500 MT/s

RM 5,999
RM 4,739RM 1260 (+27%)
Lenovo Legion Go 2
(32GB/512 GB)
memori 8000 MT/s
RM 6,739RM 5,279RM 1460 (+28%)
Lenovo Legion Go 2
(32GB/1000 GB)
memori 8000 MT/s
RM 7,109RM 5,399RM 1720 (+32%)

Sementara itu harga jualan ASUS ROG Xbox Ally (16 /512GB) masih lagi sama iaitu RM2699 dan ROG Xbox Ally X (24/1000GB) pula meningkat ke RM4799 berbanding harga asal RM4299 semasa dilancarkan Oktober tahun lalu.

Namun begitu ROG Xbox Ally X sudahpun kehabisan stok. Sebelum harga Legion Go 2 dinaikkan, ia juga kehabisan stok di beberapa pasaran. Walaupun kenaikan harga sudah dijangka, peningkatan mencecah 32% adalah di luar jangkaan asal. PlayStation 5 juga menerima kenaikan harga global minggu tetapi harga baharu di Malaysia belum lagi diumumkan Sony.