Harimau Malaya anggap Cape Verde contoh terbaik

LocalFootball
16 Aug 2026 • 11:15 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Harimau Malaya anggap Cape Verde contoh terbaik

TONGGAK pertahanan Harimau Malaya, Ubaidullah Shamsul Fazili menyeru rakan-rakan sepasukan menjadikan kisah Cape Verde sebagai inspirasi dalam usaha mara ke pentas final Piala ASEAN 2026 kali ini.

Sebagai rekod, Cape Verde telah mencipta sensasi tersendiri pada kempen Piala Dunia 2026 apabila mara ke pusingan 32 terbaik sebelum tewas 3-2 kepada finalis, Argentina.

Situasi itu persis aksi malam ini apabila kedua-dua pasukan dibezakan kedudukan ranking dengan Malaysia berada di kedudukan ke-138 dunia manakala Vietnam di posisi ke-99.

Menurut Ubaidullah, meskipun skuad negara dilabel underdog, perjalanan Cape Verde membuktikan sesuatu yang tidak dijangka boleh berlaku dalam bola sepak.

“Bagi saya sama, Cape Verde adalah contoh terbaik. Saya pernah beraksi dalam perlawanan debut saya menentang mereka sebelum ini. Melihat pasukan itu melangkah jauh di Piala Dunia adalah satu kebanggaan dan keistimewaan.

“Seperti yang jurulatih (Tan Cheng Hoe) katakan, tiada yang mustahil dalam bola sepak. Pasukan terbaik akan memenangi kejohanan ini. 

“Semuanya boleh berlaku, satu kesilapan boleh menjejaskan pasukan lawan. Jadi, saya rasa kami akan lakukan yang terbaik,”  katanya.

Sementara itu, tonggak Terengganu FC itu mengakui kekuatan pasukan lawan adalah menerusi jentera serangan selepas berjaya meledak 13 gol dalam peringkat kumpulan.

“Mereka ada pemain bahaya seperti Nguyen Xuan Son dan Nguyen Din Bac. Namun, jika kita berusaha sebagai satu unit, kita mampu kekang mereka daripada menjaringkan gol,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

The post Harimau Malaya anggap Cape Verde contoh terbaik appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved