Hasil operasi di Malaysia cecah RM50 juta bantu Poh Huat kembali untung bagi 3QFY26

LocalBusiness & Finance
15 Sep 2026 • 5:45 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Hasil operasi di Malaysia cecah RM50 juta bantu Poh Huat kembali untung bagi 3QFY26 Image from: Hasil operasi di Malaysia cecah RM50 juta bantu Poh Huat kembali untung bagi 3QFY26 amree15/09/2026 - 17:45 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 15 Sept — Hasil operasi di Malaysia mencecah RM50.03 juta pada suku ketiga berakhir 31 Julai 2026, membantu Poh Huat Resources Holdings Berhad kembali mencatatkan keuntungan bersih RM2.30 juta.

 

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, prestasi itu menyaksikan keuntungan sebelum cukai (PBT) naik kepada RM3.41 juta berbanding RM24,000 dalam 3QFY25, dipacu peningkatan kecekapan pengeluaran dan tempahan.

 

Pemulihan tersebut membantu kumpulan itu beralih daripada kerugian sebelum cukai (LBT) sebanyak RM8.85 juta pada 2QFY26, ketika jumlah pengeluaran dan penghantaran terjejas akibat musim jualan yang lebih perlahan.

 

"Secara keseluruhan, keuntungan selepas cukai (PAT) meningkat ketara dalam 3QFY26 berbanding hanya RM261,664 pada suku sama FY25, manakala PBT melonjak kepada RM2.81 juta daripada RM869,800," kata Poh Huat.

 

Di samping itu ujarnya, perolehan kumpulan berkenaan pula meningkat kepada RM85.64 juta berbanding RM64.15 juta pada suku yang sebelumnya, namun susut kira-kira 8.1% berbanding RM93.18 juta dalam 3QFY25.

 

Operasi Vietnam namun kekal mencabar dengan hasil susut 17.5% kepada RM35.61 juta, selain mencatatkan LBT RM0.58 juta berikutan permintaan perabot rumah di pasaran Amerika Syarikat (AS) yang masih perlahan.

 

Poh Huat_DagangNews2026

 

Katanya, selain pemulihan operasi Malaysia, keuntungan Poh Huat turut disokong keuntungan bersih pertukaran mata wang asing (forex) RM2.05 juta berbanding kerugian forex RM1.03 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

 

"Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Julai 2026, perolehan menguncup 26.9% kepada RM239.62 juta, manakala kerugian bersih berjumlah RM12.92 juta berbanding keuntungan bersih RM10.32 juta dalam 9M2025," jelasnya.

 

Dalam perkembangan lain, Lembaga Pengarah kumpulan tersebut turut mengumumkan pengagihan dividen interim kedua sebanyak 1 sen sesaham bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Oktober 2026.

 

Dividen itu akan dibayar pada 16 Oktober 2026 kepada pemegang saham yang berdaftar pada tarikh kelayakan 2 Oktober 2026, menjadikan jumlah dividen yang diisytiharkan setakat ini sebanyak 3 sen sesaham.

 

Bagi prospek, Poh Huat menjangka momentum pemulihan operasi di Malaysia dan Vietnam berterusan menjelang perayaan hujung tahun di AS, selain memanfaatkan Malaysia sebagai destinasi sumber alternatif global. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved