Timberwell kurangkan RM50 juta modal diterbitkan, pecah satu saham sedia ada kepada tiga baharu

LocalBusiness & Finance
15 Sep 2026 • 4:40 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Timberwell kurangkan RM50 juta modal diterbitkan, pecah satu saham sedia ada kepada tiga baharu Image from: Timberwell kurangkan RM50 juta modal diterbitkan, pecah satu saham sedia ada kepada tiga baharu amree15/09/2026 - 16:40 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 15 SeptTimberwell Berhad mencadangkan pengurangan RM50 juta modal diterbitkan, selain memecahkan setiap satu saham sedia ada kepada tiga saham baharu bagi meningkatkan kemampuan dagangan dan kecairan saham.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat berkata cadangan pengurangan modal itu akan menghasilkan kredit RM50 juta yang digunakan bagi mengimbangi kerugian terkumpul, dan membantu penyusunan semula kedudukan kewangan.

 

Setakat 17 Ogos 2026, modal saham diterbitkan kumpulan tersebut berjumlah kira-kira RM98.7 juta membabitkan 89.05 juta saham, yang akan dikurangkan kepada sebanyak RM48.7 juta selepas cadangan berkenaan diselesaikan.

 

"Berdasarkan kedudukan kewangan pada 30 Jun 2026, pengurangan modal itu akan mengurangkan kerugian terkumpul syarikat daripada kira-kira RM53.74 juta kepada hanya sebanyak RM3.74 juta di peringkat syarikat," jelas Timberwell

 

Sementara itu ujar kumpulan berkenaan, di peringkat kumpulan, kerugian terkumpul pula RM48.97 juta akan berubah kepada keuntungan terkumpul kira-kira RM1.03 juta secara pro forma.

 

Dalam pada itu, cadangan pecahan saham membabitkan setiap satu saham sedia ada dipecahkan kepada tiga saham baharu, menyebabkan jumlah saham meningkat daripada 89.05 juta kepada 267.15 juta saham tanpa mengubah modal saham diterbitkan.

 

Timberwell_DagangNews2026

 

Kata Timberwell, berdasarkan harga dagangan terakhir iaitu RM1.85 pada 17 Ogos 2026, harga rujukan teori saham selepas pecahan dijangka diselaraskan kepada kira-kira 61.5 sen sesaham.

 

"Pecahan saham itu membolehkan pemegang saham meningkatkan jumlah saham yang dimiliki tanpa kos tambahan, di samping mengekalkan peratusan pegangan ekuiti masing-masing," tambahnya.

 

Langkah itu juga dijangka meningkatkan kebolehpasaran dan kecairan dagangan saham susulan pelarasan harga ke bawah, selain berpotensi menarik penyertaan kumpulan pelabur awam yang lebih luas.

 

Dari segi kedudukan kewangan, cadangan pengurangan modal tidak akan mengubah jumlah saham atau pegangan pemegang saham, harga pasaran saham, pembayaran kepada pemegang saham atau menyebabkan aliran keluar tunai.

 

Cadangan berkenaan juga kata Timberwell, tidak dijangka memberi sebarang kesan material terhadap keuntungan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2026.

 

Kedua-dua cadangan itu tertakluk kepada kelulusan pemegang saham pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), Bursa Malaysia Securities Berhad bagi pecahan saham serta persetujuan pihak pembiaya, jika diperlukan.

 

RHB Investment Bank Berhad dilantik sebagai penasihat utama dan pelaksanaannya dijangka dapat diselesaikan pada suku keempat 2026. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved