Hasrat buat kejutan hari lahir adik tidak kesampaian

24 Oct 2026 • 2:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hasrat buat kejutan hari lahir adik tidak kesampaian

BATU PAHAT – Hasrat seorang remaja untuk membuat kejutan sambutan hari lahir adik perempuannya hari ini tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan di kilometer 140 Jalan Johor Bahru – Melaka berhampiran Surau Kampung Jalan Baru di Simpang 5 di sini malam tadi.

Kereta Proton Wira yang dinaiki Putera Muhaimin Qudrat Mohd Noor Wandi, 16, bersama lima ahli keluarga termasuk adiknya Nur Fairuza Balqis,15, dilaporkan terbabas dan melanggar sebatang pokok menyebabkannya mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Manakala adiknya Nur Fairuza Balqis kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini tidak sempat menerima hadiah tersebut yang dibeli di Batu Pahat Mall (BP Mall) di sini malam tadi.

Mohd Noor Wandi A Rahim, 41, berkata, hadiah tersebut dibeli arwah menggunakan duit tabungnya dan mahu membuat kejutan untuk adiknya itu.

“Hari lahir Nur Fairuza Balqis kelmarin tetapi sebelum itu tiada siapa yang ada untuk menemankan arwah membeli hadiah. Adik ipar dan adik saya kemudian membawa keempat-empat anak saya ke BP Mall malam tadi untuk beli hadiah dan sambut hari lahir di sana.

“Arwah beli hadiah itu tapi adiknya tidak tahu itu hadiah dibeli adalah untuknya. Selepas membeli hadiah, kereta Proton Wira dinaiki mereka iaitu adik ipar dan adik saya bersama-sama empat anak saya kemalangan,” katanya ditemui di Unit Perubatan Forensik HSNI, hari ini.

Bercerita lanjut, Mohd Noor berkata, dia mengetahui kejadian tersebut pukul kira-kira pukul 10.30 malam selepas dimaklumkan adiknya. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Haji Bajuri selepas zuhur hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Hasrat buat kejutan hari lahir adik tidak kesampaian appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved