
KOTA BHARU: Pas tidak menerima sebarang risikan atau tawaran untuk menyertai Kerajaan Perpaduan sekiranya DAP memutuskan untuk keluar daripada kerajaan semasa Persidangan Kebangsaan DAP pada 16 Ogos ini.
Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan bagaimanapun berkata, Pas mengambil pendekatan tunggu dan lihat sebarang keputusan yang dibuat DAP.
“16 Ogos ini kita tunggu dan lihat, Pas tidak menerima sebarang risikan atau tawaran tawaran (sertai kerajaan).
“Saya mengesahkan tiada dan memang tiada,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Panitia Induk Muktamar Tahunan Pas Kelantan Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini malam tadi.
Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, kedudukan DAP dalam kerajaan akan ditentukan oleh perwakilan dalam Persidangan Kebangsaan DAP pada 16 Ogos ini.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, satu usul akan dikemukakan kepada perwakilan bagi menentukan sama ada parti itu akan terus kekal dalam kerajaan atau sebaliknya.
Katanya, keputusan tersebut tidak akan dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), sebaliknya diserahkan kepada kebijaksanaan perwakilan yang layak mengundi.-UTUSAN
The post Pas tidak terima risikan, tawaran sertai Kerajaan Perpaduan jika DAP keluar appeared first on Utusan Malaysia.






