Helikopter bomba bawa turun pendaki pengsan di Air Terjun Langsir

17 Oct 2026 • 11:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Helikopter bomba bawa turun pendaki pengsan di Air Terjun Langsir

DUNGUN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa menggunakan khidmat sebuah helikopter bagi menyelamatkan seorang pendaki wanita yang dikatakan tiba-tiba tidak sedarkan diri sewaktu mendaki Air Terjun Langsir, Chemerong, Hulu Dungun, di sini, hari ini.

Mangsa, Lim Kah Wah, 48, yang berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang dikatakan tidak sedarkan diri sewaki mendaki kawasan air terjun terbabit bersama 31 pendaki dan lima malim gunung pada pukul 11.22 pagi.

Komander Operasi l JBPM Terengganu, Ishak Abd Aziz berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Penyelamat Bandar Al-Muktafi Billah Shah di sini bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung kes tersebut.

“Maklumat lanjut berkaitan lokasi dan keadaan mangsa didapati melalui panggilan telefon dengan malim gunung terlibat sebelum penyelarasan tindakan operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

“Anggaran jarak dari kaki gunung ke lokasi mangsa tidak sedarkan diri kira-kira sembilan kilometer, dengan tempoh perjalanan berjalan kaki pula sekitar 15 jam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ishak berkata, sehubungan itu, sebuah pesawat AW139 bersama lima anggota bomba telah digerakkan bagi membawa turun mangsa.

Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian dengan helikopter yang kemudiannya selamat mendarat di padang Sekolah Menengah Sains Dungun, di sini pada pukul 6 petang. – KOSMO! ONLINE

The post Helikopter bomba bawa turun pendaki pengsan di Air Terjun Langsir appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved