Henderson cedera pergelangan tangan selepas langgar papan iklan

FootballSports
6 Jul 2026 • 6:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Henderson cedera pergelangan tangan selepas langgar papan iklan
Henderson mengalami kecederaan selepas terlanggar papan iklan. Foto Agensi

JORDAN Henderson mengalami kecederaan pergelangan tangan ketika sambutan kemenangan England ke atas Mexico di pusingan 16 Piala Dunia di Stadium Azteca.

Bekas kapten Liverpool itu yang tidak beraksi dalam perlawanan berkenaan dilaporkan terjatuh selepas melanggar papan iklan ketika meraikan kemenangan bersama rakan sepasukan sejurus wisel penamat.

Beliau kemudian menerima rawatan awal di tepi padang sebelum diberikan bantuan oksigen dan dibawa ke hospital menggunakan pengusung untuk pemeriksaan lanjut.

Jude Bellingham berkata, keadaan rakan sepasukannya itu berada dalam pemantauan pasukan perubatan.

Pengendali England, Thomas Tuchel turut mengesahkan insiden tersebut.

“Jordan mengalami kecederaan pergelangan tangan. Dia kini berada di hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Henderson sebelum itu hanya sempat membuat penampilan sebagai pemain gantian ketika menentang Panama dalam aksi peringkat kumpulan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved